Salam. Apa khabar semua? Sihat ke? Semua mengangguk
tersenyum tanda sihat.
“Okay, sebenarnya saya tengah mencari cara belajar yang
efektif. Apa kata kamu semua kongsi bagaimana cara kamu study dengan saya”
tenang suara dilontarkan
“Baik, Alhamdulillah. Semua sudah berkongsi cara study
masing-masing. Saya harap kamu semua dapat lihat apa kelemahan cara kamu study
selama ni. Saya memahami semua ada komitmen masing-masing. Komitmen dalam society yang pack dengan
meeting dan family di rumah. Sibuk bagaimanapun, perihal akademik jangan
dilupakan”
“Orang
selalu cakap, ‘’society nombor satu, study bukan nombor dua’’. Jadi study
nombor berapa? 3,4,5,6,7? Ubah persepsi ini. Teruskan berjuang. Hidup ini
memang susah. Orang yang tak mahu susah tak layak untuk hidup. Sebab lagi
menyusahkan orang lain.” Peringatan di beri penuh hikmah dan sedikit menusuk.
“ Kita start
meeting hari ni pukul 8.15pm. Dalam mesej meeting pukul 8.00pm” sekali lagi
peringatan dilontar.
“Jangan salahkan meeting jika tiada masa untuk
study sedangkan diri yang suka berlengah”
………………….
Tepat 10pm
Imran terus balik ke bilik selepas habis meeting. Dalam perjalanan dia
terserempak dengan Abu yang tengah lepak di gerai mamak.
“Abu ,
belanja aku teh tarik satu” Imran duduk di kerusi sebelah abu.
“Pergilah
mintak. Aku bayar” jawab Abu ringkas.
(20minit
berlalu: Masa yang bergerak terus bergerak membawa pergi semua masa lalu yang
takkan datang semula)
Sampai di
bilik.
“Argh,
penatnya meeting tadi” luah Imran kepada Umar.
“Dah la lambat mula tadi. 15minit burn
macam tu je” rungut Imran lagi
‘’ Kau ni macam tak biasa pulak. Janji
melayu memang macam tu ‘’ Umar tergelak kecil.
‘’Eh, kau pergi tak tengok MU lawan
Arsenal tadi ? Aduh ruginya tak dapat tengok. Sape score ?’’
‘’Van Persie score dua. Arsenal kosong’’
jelas Umar ringkas.
‘’Um, jom
pes..hehe’’ Umar tersenyum kecil tanda setuju.
(1jam berlalu : Masa terus berlalu. Malam
yang tenang terus bergerak )
Beep…beep…handphone
berbunyi tanda mesej masuk.
‘’Esok
1oktober birthday Amar. Jom prank! UAC-123”
Imran dan
Umar berpandangan. “Jom!” serentak mereka saling mengajak.
(1jam
berlalu: Masa terus berlari meninggalkan kita )
“Hahaha…kesian
Am tadi kena simbah dengan air busuk giler” Imran tergelak besar.
“Penat la,
nak study lah. Tutor Chemistry tak sentuh lagi ni” sambung Imran tanpa sebarang
kerisauan.
Telinga
sudah disumbat dengan ear phone. Nasyid-nasyid kerohanian menemani Imran
belajar.
(2 jam berlalu: belajar sambil mendengar
lagu. Tolak tambah,lebih kurang 45 minit sahaja yang betul-betul
digunakan untuk study. Sungguh muzik tidak pernah menipu tapi perlakuan manusia
yang menipu)
2am: Tidur.
Zzzz…..
………………………….
KRING!!!
KRING!!! KRING!!!
Jam loceng
berdering membingitkan bilik.
“Hoi!
Bangunlah. Solat subuh” Umar mengejut Imran buat kali yang entah ke berapa.
Dah pukul 7 dah ni. Bangun lah! Umar
menggugah badan Imran.
Imran bangun
kemalasan. Tambah tolak, 7.15 baru solat subuh.
Pagi yang
indah, katil lagilah indah. Sejurus tahiyat akhir, terus tumbang atas katil.
‘’Im, bangun. Pukul 9 dah ni. Ko kelas
pukul berapa ?’’ Umar mengejut sahabatnya penuh kesabaran.
‘’Hah ! kenapa baru nak kejut. Kelas
chem pukul 9’’ Imran bergegas ke bilik air.
………………….
“Huh…sampai
juga akhirnya” getus Imran dalam hati.
“Lepas ni
lambat datang kelas, denda menari depan kelas” suara Madam Maryam tegas kedengaran
disahut gelak tawa sahabat-sahabat kelas yang lain.
(20minit
lewat ke kelas : Sesaat ketinggalan ibarat kerugian seribu mutiara ilmu. Maka
yang ponteng kelas? )
Lecturer
ajar memang bergaya,
Nota kawan
lagi bergaya
Kita tidur
penuh bergaya,
Guru
mengajar di depan,
Kita
berkhayal dibelakang,
Ilmu di cari penuh kesungguhan,
Kita mencari
penuh khayalan,
Result kawan
flying colours,
Result kita
colourless,
(2jam
berlalu : masa berlalu yang selalu dikejar dihujung kesempitan)
12 tengah
hari : Lunch time
‘’ Am, jom
makan. Aku bayar. Sorry for last night & happy birthday.” Imran tersengih
nakal.
“OK, never
mind. Lepas ni kau pulak. Hehehe…kuah lauk basi semalam aku dah perap. Just be
prepared” Amar tersengih membalas gurauan Imran.
“Kau dah
putus fius ke Am!” Imran seakan cuak.
Amar
membalas dengan senyuman. “Gurau jelah”
(45minit
berlalu : Orang yang bijak sangat menghargai masa walaupun ketika makan dan
bergurau)
2 petang :
kelas Fizik 1
“Yes, kelas
cancel petang ni!” ( Kerugian yang sangat disyukuri oleh kebanyakan orang)
“Im, jom
teman aku study kat library. Boleh discuss sikit pasal bab periodic table group
transition elements madam ajar pagi tadi” Abu mengajak imran.
“OK lah, aku
pun tak faham sangat tadi. Madam ajar laju taw. Aku ni faham-faham jela” Imran bersetuju.
‘’Laju tak laju, tidur tak tidur..haha’’ Abu
tergelak sakan.
Memang tak
ada lelaki sehebat Imran,
Tapi yang
lebih hebat, ramai.
Memang tak
ada lelaki seganteng Imran,
Tapi yang
lebih ganteng, ramai.
Memang
Library tempat discussion,
Tapi tak ada
discussion sehebat Imran,
Earphone
24jam kemas di telinga,
Orang
bincang study, dia bincang society,
Memang tak
ada orang sehebat Imran!
Orang telaah
buku, dia telaah mesej,
Memang tak
ada orang sehebat Imran!
Orang belek
buku, dia belek report meeting,
Memang tak
ada orang sehebat Imran!
Orang
murajaah pelajaran , dia murajaah posmotem program,
Memang tak
ada orang sehebat Imran!
orang
berjaya, akhirnya dia tidak sedar dia telah gagal.
( 2jam
berlalu : Waktu untuk hal pelajaran telah dicampuradukkan dengan study, society
dan muzik. Kejayaan yang terisi dengan kegagalan. Sedarlah yang kamu telah
gagal!)
…………………….
Saya rasa
terharu bila melihat wajah-wajah kesungguhan anda semua. Saya berasa sangat
kuat dan cukup bersemangat bila kamu disisi saling bahu-membahu dalam
menjayakan program kita pada hari ini.
Program
berjalan penuh bergaya dan kejayaan.
…………………….
Ambang peperiksaan
Um, tolong
aku ajar bab trigonometry boleh tak?
Am, tolong
aku ajar bab complex compound, alcohol?
Abu, tension lah! Banyak lagi tak terbaca
ni. About hinduism, christianity, sikhism bla bla bla……..
Masa dikejar sampai tersedak,
Menanti hukuman bagai pelarian,
Buat ni salah, buat tu salah,
Semua salah!
Last sekali
katil jawabnya. Zzzz……………
Semoga
berjaya mengejar masa yang telah berlalu.hahaha
Gunakan
waktu dengan sebaiknya. All out!
…………………….
Tidak salah
melepak dengan kawan di kafe,
Tidak salah
meraikan hari istimewa sahabat,
Tidak salah
bergurau dengan sahabat,
Tapi salah
bila masa dibazirkan tanpa kita sedari.
Sangat bagus
bila terlibat dalam society,
Sangat bagus
bila bersemangat dalam society,
Sangat bagus
bila berkorban demi society,
But listen!
Listen! Listen!
Let me
speak!
Uruskan masa
sebaiknya kerna masa berlalu sering dikejar dihujung kesempitan.
No comments:
Post a Comment