Hadi mencari sang ayah yang baru pulang dari kerja.
’’ Ayah penat tak?’’ tanya Hadi yang sangat menyayangi
ayahnya.
Sambil memeluk Hadi, sang ayah tersenyum melihat anaknya. “
Hadi buat apa kat rumah? Tolong ibu tak di rumah? “
“ Hadi tolong sekejap je. Lepas tu Hadi pergi keluar ke hutan
dan dapat panah dua ekor burung” jawab Hadi penuh sopan.
“ Wah, hebat anak ayah ni.
Lepas ni ikut ayah pergi berguru silat ya ?’’ kata ayahnya. Sungguh anakku
ada potensi untuk menjadi seorang perwira Islam terbilang, getus hati ayah.
Hadi mengangguk tanpa
bantahan walhal hatinya sangat girang kerana berjaya meyakinkan ayahnya untuk
belajar seni mempertahankan diri.
…………………………………………………………………
Setelah lima tahun berguru
dengan Tuan Guru Solihien asy-Syatiri di Gunung Semanggol, maka tibalah masanya
Hadi pulang ke rumahnya. Selain belajar silat, Hadi juga mendalami ilmu-ilmu
agama seperti akidah, tauhid, tasawwuf dan lain-lain. Dan di gunung itulah
sebuah gerakan Islam lahir dengan kekuatan iman dan ilmu para ulama’ yang
sering berkumpul disitu.
Masih terngiang-ngiang pesanan ayah ketika menghantarnya ke
sana.
“ Hasrat ayah ingin melihat Hadi menjadi seorang ulama’ yang
adil dan seorang pahlawan yang berani. Kelak nanti jadilah kau seorang ulama’
yang perkasa. Duduklah disini jangan kau pulang ke rumah selagi kau tidak tamat
belajar”
Juga harapan ibunya;
“ Hadi anakku sayang,
pergilah engkau menuntut ilmu. Ibu sentiasa meredhai jejak langkahmu anakku. Hati
seorang ibu sangat bangga bila dapat melahirkan seorang anak pemuda yang
hidupnya hidup mulia dan matinya mati syahid di jalan Allah’’
Masih terasa hangat
pelukan ibu ayah dan air mata ibu yang ditahan-tahan itu meruntun hatinya dan
membakar semangatnya untuk lebih cekal. Hatiku basah mengenangkan semua ini.
Pintu rumah Tuan Guru Solihien
di ketuk kemas. Risau mengganggu istirehatnya. Salam diberi seadanya.
’’ Waalaikumussalam, oh
Hadi, bila mahu berangkat ?’’ soal tuan guru.
’’ Sebentar lagi ustaz.’’
Jawabku penuh kesopanan.
’’Ustaz nasihatkan kamu
untuk sambung pengajian di Indonesia Raya. Di sana ramai tuan guru yang faqih.
Dan sesuailah dengan kamu yang masih muda. Allah pasti memberi berkah kepada
kamu Insya-Allah.’’ Kata ustaz diselit doa penuh makna.
Setelah selesai berjumpa
dengan tuan guru, langkahku sangat berat menuju ke pintu pagar Madrasah al-Falah.
Tiba di pondok usang depan pagar, rasa ada tangan yang menyentuh bahuku. Lalu
aku berpaling ke belakang. Lalu dia terus memelukku.
’’Antara tanda ukhwah
sejati adalah menerima nasihat sahabat, menjaga kehormatan sahabat dan maafkan
kesalahan sahabat. Maafkan aku dan terima kasih kerana sanggup menjadi sahabat
aku selama ini’’
’’Aku takkan lupa segala kenangan kita bersama dan yang
paling penting ‘OREO’.’’ Kata sahabat Aqif. Dalam sendu ada senda.
Hati tak terucap sepatah kata. Genangan air mata terus
mengalir tanpa ada halangan. Kali pertama aku mengalirkan
air mata di bahu Aqif, sahabat sejati selama lima tahun di madrasah.
Suasana hening seketika. Aqif seolah-olah memberi aku ruang
untuk melepaskan segalanya. Terkadang ukhwah sejati tidak perlukan kata-kata
untuk berbicara, cukup dengan hati yang saling memahami…
………………………………………………………………….
Perjalanan selama sehari dari Gunung Semanggol ke Mersing
sangat mencabar. Dengan Hutan Titiwangsa yang sangat tebal dan menempuh
beberapa pekan yang hiruk pikuk sangat mencabar.
Kebiasaannya dua tiga hari baru sampai, tapi disebabkan
bersendirian mudah untuk Hadi bergerak tanpa perlu memikirkan keselamatan orang
lain. Apatah lagi kerinduan semakin menebal dalam jiwa.
Di kesejukan subuh itu Hadi menggigil dan dikejauhan dia
terlihat rumahnya. Suara ibu ayah memanggil, bagai menerjah gegendang telinga. Langkahnya
semakin deras.
Tiba-tiba langkahnya terpaku.
Sayup kedengaran ayahnya mengerang kesakitan perlahan sambil
terbatuk-batuk.
“ Allah, aduh..Salmah! berapa lama lagi anak kita di sana?”
“ Sabarlah ayahnya, mungkin bulan hadapan dia tamatlah tu
pengajiannya.” Jawab ibuku lembut.
“ Hadi disini ayah!” tanpa beri salam dia terus menerpa ke
dalam rumah mencari ibu ayahnya.
Ayahnya dipeluk penuh kerinduan. Lima tahun terpisah sudah
banyak berubah wajah ayahnya yang penuh kedutan dan tak segagah dahulu. Sekali
lagi empangan air matanya pecah kini dihadapan ibu dan ayahnya yang sangat
merindui anak tunggalnya ini.
………………………………………………………………………..
Sudah empat hari dia berada dalam kapal. Empat hari itu juga
dia memikirkan ibu yang di kejauhan.
Hati rasa menyesal meluahkan hasrat hati ingin ke Riau
menuntut ilmu atas pesanan dari tuan guru Solihien dua minggu sebelum kematian
ayahnya. Pada waktu itu ayahnya seakan sudah bertenaga semula dan Hadi rasa
sangat sesuai untuk meluahkan hasratnya pada ketika itu.
Namun, hati sang anak siapalah yang sanggup meninggalkan ibu
keseorangan yang baru kematian suami sebulan yang lalu. Tapi ibu sangat tabah.
“ Pergilah ke Riau sana. Banyak tok guru ilmuan besar di
sana. Semasa ayah masih hidup memang ibu dan ayah sudah merancang untuk
menghantar kau ke sana nak.” Lembut ibu menuturkan kata.
“ Janganlah kau risau ibu di sini.’’ Kata ibu seakan memahami
lubuk hatiku.
“ Ambillah sekarung duit ini buat bekalan ke sana. Ayah dan
ibu memang simpan buat bekalan Hadi ke sana. Gunalah jimat-jimat.” Hadi
mengusap air mata ibunya.
“ Perpisahan ini pasti ada berkatnya ibu. Doakan perjalanan
Hadi ibu, ampunkan kesalahan Hadi ibu, terima kasih atas segalanya ibu, Hadi
sayang ibu. Assalamualaikum ibu’’ Hadi salam dan memeluk erat ibunya.
…………………………………………………………………
Bumi Riau seakan memang menunggu ketibaan orang muda sepertinya.
Di sana seolah-olah syurga ilmu. Madrasah-madrasah banyak di buka. Kegiatan
ceramah juga kerap di buat. Baik untuk golongan tua, untuk remaja dan kuliah
khas wanita pun ada.
Hasil kegigihannya, Hadi berjaya menguasai ilmu hadis dan
ilmu tafsir selama 5 tahun di sana disamping berjaya menghafaz al-quran.
Bahkan Hadi sangat disenangi oleh masyarakat sekeliling
sehingga digelar Hadi asadullah kerana kemahiran mempertahankan dirinya yang
kemas dan tangkas.
Sehinggalah pada suatu hari, berlakunya serangan Belanda ke
atas Indonesia Raya. Ramai orang Islam yang terbunuh. Anak muda ditangkap untuk
menjadi buruh kasar. Kaum wanita habis semua dirogol dan pancung.
Pada saat itu, kawasan madrasah-madrasah yang terdapat di
Indonesia adalah benteng terakhir umat islam.
Dengan kelebihan yang ada, Hadi menawarkan diri untuk
mengajar sahabat-sahabat semadrasah dan orang ramai untuk belajar ilmu silat
yang dikuasainya. Mungkin tidak setanding dengan senapang dan pistol askar
Belanda. Tetapi keimanan yang kukuh tiada siapa mampu goncangkan hati mereka.
..……………………………………………………………….
Keluarga keSultanan Indonesia Raya dan sebatalion mujahid islam
sudah selamat sampai berselindung di Madrasah al-Ansor. Tetapi kelibat tuanku
sultan Indonesia Raya tidak lagi kelihatan. Dikhabarkan baginda sedang membantu
mujahid-mujahid di luar sana, memandangkan tentera islam di dalam kesempitan
dan baginda mengarahkan sekumpulan askar berselindung dan merancang strategi
bagi menghalau tentera zalim Belanda laknatullah dari bumi bakkah Riau.
Hadi dengan keilmuan dan kemahiran peperangan yang dimiliki
diberi kepercayaan menjadi Panglima perang sedang berbincang beberapa strategi bersama
empat orang panglima yang lain.
“Musuh semakin berani merobek keamanan Indonesia Raya ini.
Sudah banyak strategi yang dirancang, tetapi apa kan daya musuh penuh dengan
kelengkapan senjata. Tipu muslihat hubungan diplomatik dengan Belanda seakan
perjanjian sampah. Seolah-olah kesultanan Indonesia Riau ini tiada maruahnya. Wilayah
Jawa Jaya dan Sumatera juga sudah di kuasainya.Wahai panglima sekalian, beta
mengharapkan strategi yang berkesan daripada kamu semua” jelas Sultan Riau yang
terlibat sama dalam perbincanan.
“Memandangkan kekuatan kita semakin berkurangan dan musuh
yang semakin banyak menguasai wilayah-wilayah kesultanan Indonesia Raya, maka
saya mencadangkan gunung Riau ini kita jadikan kubu pertahanan terakhir kita
dan kita mesti melumpuhkan jentera-jentera besar musuh dan meriam-meriam
memandangkan musuh sangat bergantung dengannya dalam setiap peperangan. Yang
lebih penting kita mesti menggunakan sebaiknya kelebihan keadaan muka bumi Riau
ini.” Hadi tenang memberi cadangannya.
“Bagaimana nak lumpuhkan jentera dan meriam musuh?” Panglima
Iskandar seolah tidak yakin dengan idea daripada Hadi sedangkan jentera musuh
sangat ampuh untuk ditumbangkan.
“ Terima kasih bertanya. Bahagian timur gunung terdapat jeram
yang deras untuk dilalui musuh. Meriam musuh memerlukan sekurang-kurangnya lima
ratus orang tentera mengangkatnya. Jadi sangat mustahil mereka melepasinya. Bahagian
utara penuh dengan hutan yang sangat tebal dan sangat cerun pergunungannya.
Sangat sesuai jika kita membina perangkap-perangkap berat dan mustahil untuk
jentera musuh menembusinya. Bahagian barat dan selatan sahaja yang mungkin agak
terbuka sedikit. Dan saya nampak peluang kita dari kelemahan ini”
Sementara sultan dan 3 orang panglima yang lain tekun
mendengarnya.
“ Pertama sekali,
walaupun agak terbuka tetapi sukar musuh menembusi dengan jentera-jenteranya
dan boleh melambatkan pergerakan musuh. Kemudian kita boleh bina parit yang
sangat dalam sepanjang 100 batu. Memandangkan tentera bantuan seramai 25 000
orang dari wilayah Semanggol akan tiba pada malam ini. Patik sangat yakin kita
mampu melakukannya” tanpa ragu Hadi memberikan cadangan.
“ Tetapi jika membina parit kita akan terkepung lebih sebulan
dan cukup untuk Belanda mendapat bantuan tentera bantuan memandangkan mereka
juga ada tanah jajahan di sekitar Asia ini selain mereka boleh menebang
pokok-pokok untuk dijadikan titi parit”
panglima Omar mencelah.
“Sebab itu patik katakan, kita mesti gunakan segala kemahiran
tentera kita yang sangat cekap berperang dikawasan hutan tebal, jeram dan cerun
curam gunung. Kalau takut musuh bina titi kita ada tentera gempur kita yang
hebat. Tiada tentera yang lebih hebat di hutan Riau melainkan tentera Riau
sendiri.” Jelas Hadi ringkas.
Saya bersetuju dengan
cadangan ini. Cuma kita perlu menyerang habis-habisan supaya mereka hancur dan
lari dari negara ini.” Semua panglima bersetuju dengan kata-kata Panglima Omar.
Sultan juga menampakkan keyakinan dengan strategi ini.
Setelah berbincang
berkenaan taktik-taktik serangan secara terperinci, gerakan berjaga-jaga di
bahagian timur dan utara, dan pembahagian jumlah kumpulan tentera mereka pun
bersurai bagi meneruskan gerakan-gerakan yang telah diaturkan.
Arahan dari sultan supaya
semua tentera wajib mengerjakan qiamullail pada setiap malam dan baginda
sendiri yang pergi melawat setiap khemah tentera sama ada solat malam atau
tidak.
Bagi menggerunkan pihak
musuh pada waktu malam, mereka memasang obor sebanyak yang boleh bagi menggambarkan
kekuatan tentera Islam.
………………………………………………………………………………………………
Pada waktu peperangan kelihatan pihak musuh sangat terkejut
dengan perangkap-perangkap tentera Islam.
Cerun yang curam di bahagian utara
memberi kelebihan kepada tentera islam memanah musuh yang dibawah tanpa musuh
dapat memberi serangan balas.
Bahagian timur berlaku sedikit pertempuran,
tetapi kemahiran tentera Islam di kawasan jeram memberi kelebihan kepada
tentera Islam menghapuskan semua tentera Belanda.
Gerakan musuh dibahagian terbuka seakan terhenti seketika
dengan berhadapan parit yang dalam, lebar dan panjang. Usaha-usaha tentera
musuh untuk melepasi parit hanya merugikan mereka apabila diserang mudah oleh
tentera Islam.
Diceritakan ada seorang Panglima tentera Belanda yang secara
senyap telah memeluk Islam. Dan dengan helahnya telah berjaya memboloskan
dirinya untuk menghadap Sultan Riau. Panglima Belanda itu dengan jujurnya telah
mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan sultan dengan lancarnya dan bersumpah
untuk membantu tentera Islam dengan membawa berita palsu kepada Gabenornya.
Apa berita yang ingin kau sampaikan kepada ketua engkau?
Tanya Sultan.
“Aku akan sampaikan berita serangan balas tentera Islam ke
atas wilayah Jawa Jaya dan memerlukan bantuan tentera segera. Apabila bilangan tentera
Belanda berkurangan bolehlah tuanku menyerang mereka dengan mudah sekali. Lagi
pun, jentera-jentera dan meriam-meriam kami tidak dapat melepasi hutan ini.
Bahkan untuk makluman tuanku, tentera kami agak gerun dengan sebaris tentera
berpakaian putih yang berjaga di seberang parit” panglima Belanda bersungguh
memberi kenyataan diselitkan dengan maklumat keadaan tentera yang dalam keadaan
lemah.
Baginda Sultan bersetuju dengan cadangannya memandangkan jika
dia mengkhianati tiada sebarang kerugian di pihak tentera Islam. Bahkan dia
merupakan panglima tentera Belanda, orang kepercayaan Gabenornya. Mustahil
Gabenornya tidak percaya.
Dan sungguh! Tentera Putih, petanda pertolongan Allah sudah
turun kepada hambaNya yang benar-benar mengharap.
Sehinggalah pada malam kedua, kelihatan satu per tiga tentera
Belanda telah berpusu-pusu meninggalkan tempat peperangan ditambah dengan hujan
lebat yang turun dan cuaca yang sejuk menyebabkan ramai tentera Belanda yang
tidak dapat bertahan dan ingin pergi ke Jawa Jaya.
Pada hari ketiga kelihatan gerakan tentera Belanda menebang
pokok untuk dijadikan jambatan melepasi parit. Lalu pada saat itu juga tentera
Islam bergajah menyerang tentera Belanda. Gempuran tentera bergajah berjaya
menghalang mereka melepasi parit dan menyebabkan ramai tentera Belanda
terbunuh. Musuh terlupa dengan kekuatan Riau yang kaya dengan gajah-gajahnya
yang perkasa.
Pada saat tentera Belanda dalam kelemasan dengan tentera
bergajah, 30ribu tentera Islam turun menyerbu tentera Belanda. Dalam gempuran
bertenaga itu Hadi menunjukkan kegagahannya sebagai Panglima tentera Islam.
“Jihad, Jihad, Sabiluna!”
“Al-Mautu fi sabilillah
asma amanina!”
Laungan Hadi disahut tentera Islam cukup menggemparkan dan
menggerunkan hati tentera musuh.
Libasan pedang Hadi menampakkan keperwiraan Hadi. Walaupun
tentera Islam terpaksa berhadapan dengan hujan peluru dari tentera musuh tetapi
seolah-olah peluru yang tertujah di badan mereka hilang fungsinya.
Memang
benarlah kata seorang ulama’, ''Apabila
kemuncak kezaliman bertemu kemuncak kesabaran, maka pertolongan Allah akan
turun''.
Sehinggalah akhirnya, tentera Islam berjaya menghancurkan
tentera Belanda. Sewaktu operasi pembersihan mayat-mayat tentera. Aqif tentera
bantuan dari Semanggol terjumpa sekujur tubuh tentera Islam yang dalam
nyawa-nyawa ikan.
“Hadi?! Panglima Hadi ke ni?!!”, soalan Aqif dijawab dengan
anggukan sahaja.
“Aqif, aku tak sabar ingin ke sana. Sahabat sejati pasti
berjumpa di syurga’’ Hadi bersuara tersekat-sekat.
Hanya linangan air mata Aqif sahaja yang mampu bersuara.
Hanya linangan air mata yang bersuara dengan perpisahan abadi
ini.
“Jika dahulu engkau yang menangis tetapi kali ini aku pula ya
asadullah” getus Aqif perlahan.
Jika dahulu
engkau yang menangis, tapi kali ini giliran aku pula.
Jika sekarang
giliran kau kembali kepada Rabbi, esok pasti giliran aku.
…………………………………………………………………………………………
Alhamdulillah,
setelah perbincangan kedai kopi dengan Ali Hadi terbukti beliau seorang yang
sangat idealistik. Seorang yang memandang kehadapan selain berakhlak mulia.
Biarlah tidak sehebat Tuan Guru Abdul Hadi Awang, tapi semangat “Hadi” yang
membara dalam jiwanya sangat membanggakan. Alangkah rugi jika tidak mendampingi
sahabat seperti beliau.
Tribute to Ali Hadi
Abu Hanifah~
Ini blog siapa? Amar Adli ke? Tak ingat dah.
ReplyDeleteya
ReplyDelete