Wednesday 17 October 2012

SAHABAT YANG HILANG


 Dalam satu majlis rasmi. terasa kerdil diri ini bila dijemput berucap dihadapan sahabat-sahabat yang penuh dengan ilmu apatah lagi nak dibandingkan dengan diri ini yang hanya setapak baru melangkah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam penuh barakah buat semua teman-teman. Apa khabar semua? Terasa sejuk & tenang hati bila dapat berkumpul dengan kamu semua. Melihat wajah-wajah yang tak pernah putus asa dalam medan perjuangan dakwah. (salam dijawab dengan penuh bersemangat).

Sebelum saya mulakan ucapan ini, suka saya lontarkan satu teka-teki.
''Jika lembu jadi semut, jika kambing semut, jika burung jadi semut, maka semut jadi apa?''

Lantas semua menjawab, ''semut jadi banyak!''
(Suasana majlis menjadi ceria seketika, Aku juga tersenyum seketika melihat reaksi mereka.)

Lalu aku melontarkan satu kenyataan.
Cara kita menjawab adalah menggambarkan diri kita. Mana mungkin seorang mahasiswa dan juga seorang pendakwah menjawab persoalan masalah-masalah umat dengan biasa-biasa sahaja. Namun ,saya faham benda yang mudah jangan dibuat susah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Suka saya berkongsi sedikit pengalaman sepanjang jangka masa 5 bulan ini. Bulan pertama saya telah kehilangan beg duit, duit tunai rm300, my card, kad-kad atm dan lesen memandu. Bayangkan seorang anak kecil telah kehilangan ibu dan bapanya. tiada arah hendak dituju, tiada siapa hendak diadukan masalah. yang ada hanya Allah dan Rasul.

Tiada siapa tahu perasaan saya pada waktu itu melainkan hanya allah. Namun allah tak pernah salah mengatur segalanya. Atas perasaan kasih sayang sesama mukmin, seorang sahabatku menghulurkan rm50 sambil berkata.

''Akhi, ambillah duit ni, kalau dah jumpa beg kau, pulanglah balik tapi kalau tak jumpa ambil sahaja buat belanja awal sem ni''

Hati rasa tersentuh seketika kerana dapat rasakan keikhlasan hati sahabatku ini. Kalau benar mahu memberi takkan bertanya perlu atau tidak tapi terus memberi. (hati yang ikhlas tiada ragu untuk memberi)

Kes kedua hilang dompet, selepas waktu solat. Tapi alhamdulillah atas keprihatinan sahabat-sahabat , jumpa balik.

Tapi yang paling  dahsyat adalah selepas penat buat my card baru, malam tu lagi sekali
dompet hilang. My card baru, kad-kad atm baru pun hilang. Allah!
Tiba-tiba jiwa terasa sangat sempit. Dugaan mendatang sangat menyesakkan fikiran.

Tak akan saya lupa nasihat sahabat, anas, banyakkan beristighfar!
Seminggu kemudian setelah macam-macam usaha mencari, akhirnya buat keputusan untuk buat my card baru. Alhamdulillah ramai sahabat yang membantu.

Lalu kesimpulan awal yang boleh saya katakan disini adalah,
Sangat bahagia bila ada sahabat yang setia disisi.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Jika kita menyusuri sirah nabi yang sangat indah pada waktu hijrah nabi ke Madinah. seorang sahabat nabi Saidina Abu Bakar sanggup bersusah payah menyediakan seekor unta untuk Nabi tanpa rasa ingin dibalas.

Kita juga dapat lihat bagaimana Abu bakar menjaga kekasih Allah ketika kaum kafir Quraisy mengejar Nabi. Ketika persembunyian di gua tsur, Abu bakar menutup lubang-lubang gua tsur dengan kain-kain dan hanya tinggal satu lubang yang tak dapat ditutup. Maka, Abu bakar menutup dengan tangannya. Lalu ular di dalam lubang tersebut mematuk tangannya. Jika dia bangun atau menjerit kesakitan risau akan mengganggu Nabi yang sedang tidur di atas ribanya. Maka atas dasar rasa kasih dan sayang yang tidak terhingga kepada Nabi, Abu bakar menahan kesakitan sehinggakan air matanya meleleh lalu jatuh di muka nabi.

Betapa setianya Abu bakar menjadi sahabat Rasulullah. Tanpa ada rasa ingin dibalas dan tanpa rasa ingin disanjung, Abu bakar tetap terus memberi dan memberi tanpa rasa puas. Abu bakar tetap bahagia menjadi sahabat yang sangat setia.

Pada waktu yang lain, dalam banyak peperangan Abu bakar antara orang pertama menyahut seruan Rasulullah menginfakkan harta sehinggakan yang ada padanya hanyalah Allah dan Rasul.

Masyaallah, dapat kita lihat disini, Abu bakar rasa sangat bahagia bila dapat memberi dan menyumbang. Sungguh bahagia Abu bakar menjadi seorang sahabat. Tiada apa yang dapat membahagiakan Abu bakar melainkan menjadi sahabat kepada kekasih Allah.

Lalu ingin saya tegaskan disini..
RASA BAHAGIA BILA ADA SAHABAT SETIA DI SISI, TAPI TERLEBIH BAHAGIA BILA MENJADI SAHABAT..

(aku meneruskan lagi ucapan dan melontarkan point terakhir yang sangat penting)

Ikhwah dan akhawat yang dihormati,

Dalam perjuangan menegakkan agama islam ini, 'la budda' kita perlukan ikatan ukhwah yang sangat mantap. Biar kita rasa kebersamaan sesama kita. Biar kita rasa susah senang bersama. Biar masuk syurga pun sama-sama, masuk neraka pun sama-sama.(hanya gurauan/suasana menjadi gamat dengan gelak tawa seketika)

Namun perlu diperjelaskan dan ditekankan disini, bahawa ukwah itu bukan matlamat tapi adalah satu wasilah untuk mencapai matlamat.

Jangan sampai kita berukhwah sehingga terabai ikhtilat kita sesama muslimin dan muslimat.
Jangan sampai atas alasan ukhwah kita bebas berbalas-balas mesej sesama muslimin dan muslimat.
Jangan sampai ukhwah itu yang menghancurkan mata-mata rantai perjuangan para nabi dan para sahabat.

-sahabat sampai ke syurga , perjuangan selamanya-

ukhwah fillah abadan abada.

wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


[ucapan di atas tiada kena mengena dengan kisah sesiapa pun.hanya sekadar rekaan semata untuk renungan bersama]








No comments:

Post a Comment