Sunday, 9 October 2011

Semangat Rumput

  Huh! penatnya petang ni. Akhirnya habis juga aku tebas rumput dusun nenek setelah tiga hari aku berusaha keras. 


Namun, hati kecil ku berkata. 


''Kalau aku tebas rumput dusun buah-buahan nenek ni buat penat je, rumput akan tumbuh balik''.


 Tetapi akalku berkata, inilah dia SEMANGAT RUMPUT! Walau ditebas, dipijak, dihenyak, dan dibenci sekalipun tetap akan tumbuh kembali. Begitulah dia istiqamahnya rumput dalam perjuangan untuk meneruskan kehidupan.


  Seperti kebiasaan,jadualku tiap-tiap hari memeng padat. Ditambah lagi dengan homework dan kelas tambahan pada waktu malam. Apatah lagi SPM tinggal dua bulan sahaja lagi. Jadi semua guru akan 'push' semua pelajar untuk struggle dalam pelajaran. 


Walau hatiku rasa sedikit tertekan, tapi aku teringat kata-kata sahabatku:


 ''kadang-kadang tekanan itu yang membuatkan kita berusaha keras untuk berjaya''.


Tetapi jiwaku menidakkan kerana tekanan membuatkan kita berusaha kerana terpaksa dan belajar hanya untuk peperiksaan. Sejurus selepas tamat peperiksaan habis semua ilmu! 


Lantas aku teringat kata-kata semangat guru matematik tambahan ku, Miss Heng Siew Fong.


''kita perlu contohi semangat rumput,walau sentiasa  dipijak manusia,dia tetap tidak akan mati!


  Ya,aku perlu contohi semangat rumput. Tetap istiqamah walau dibenci orang dan mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang.

Matlamat jangka pendek=mendapatkan makanan,minuman,cahaya matahari dan udara.
Matlamat jangka panjang=hidup & mengekalkan spesis rumput.
Samalah seperti aku belajar, perlu istiqamah kerana menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim. Sabda nabi muhammad, menuntut ilmu itu kewajiban bagi setiap muslim.


Samalah seperti kehidupan,perlukan matlamat yang jelas. Ya.aku perlu jelas dalam matalamat aku.
matlamat jangka pendek = berjaya dalam SPM.
matlamat jangka panjang = mendaulatkan islam di muka bumi ini.
Apatah lagi aku seorang pemuda. Perlu sentiasa bersemangat & istiqamah seperti rumput.


  ''SEORANG PEMUDA TIDAK BERKATA INI BAPAKU,
  SEORANG PEMUDA TIDAK BERKATA INI IBUKU,
 SEORANG PEMUDA ITU BERKATA INILAH AKU,''


Kalau kita menyelusuri sirah nabi & zaman kegemikanagn islam banyak revolusi pemuda bangkit membawa keizzahan islam. 




Sepertimana UMAR ALKHATTAB yang dulu jahil sehingga membenci &  menentang nabi tapi bangkit dengan kekuatan iman, membuka mata dunia dengan islam sehinggakan berjaya menakluk sepertiga dunia,.


SAIDINA ALI juga berani menggantikan nabi di pembaringan disaat nabi diburu kafir quraisy tatkala penghijrahan nabi. 


Tatkala kuasa besar Rom mengugat islam, lantas seorang pemuda berusia belasan tahun PANGLIMA USAMAH B ZAID bangkit menentang sehingga islam berjaya. 


PANGLIMA KHALID ALWALID, berjaya membawa islam ke mercu kegemilangan dalam banyak peperangan walau dalam usia yang muda.


Bahkan keberanian THARIQ B ZIYAD berjaya membebaskan sepanyol dgn pengorbanan & semboyan menang ataupun syahid..


Sepertimana SULTAN MOHD ALFATEH, rencam mengatur strategi membuka kota konstantinopel,


SULTAN SALAHUDDIN AL-AYUBI menggoncang bumi jerusalem dengan beraninya menentang kebatilan. Itulah dia kekutan pemuda.




  Mantan Presiden Indonesia, Soekarno pernah berkata berikan aku 10 orang pemuda, aku akan gegarkan seantero dunia. 


Begitulah kekuatan pemuda yang digembar-gemburkan. Bukan sekadar gah menentang musuh di gelanggang bahkan pemikiran rencam pemuda terkadang langsung tak terfikir oleh sesiapa pun.




  Namun begitu, sekuat mana pun kekuatan pemuda & sekreatif mana pun pemikiran pemuda jika tidak disuntik dengan semangat rumput pasti kekuatan itu menjadi sia-sia & pemikiran hebat itu tinggal sekadar teori yang hanya menjadi sejarah sahaja kerna perjuangan itu perlukan istiqamah seperti semangat rumput. 



  Walau ditebas, dipijak & dibenci tetap akan tumbuh kembali. Walau diracun mati sekalipun, kawanan rumput lain tetap ada untuk meneruskan perjuanagan.

3 comments:

  1. ahlan wasahlan to blogspot, akhi..... nice entry...:-)

    ReplyDelete
  2. Gambatte kudasai ya pemuda rumput a.k.a amar ting ting =)

    ReplyDelete