Friday 11 November 2011

benda kecik ja!!!

   Sedang asyik mendengar celoteh dj radio ikim.fm, tiba-tiba handsetku berdering menandakan mesej diterima. ''One new message received''. Lantas aku menekan butang 'open'. Oh, daripada sahabatku yang memang segar dengan idea-idea baru dalam gerak kerja dakwah. Sudah tentu akh Zaki. Mesej mengenai pertandingan menulis artikel berkenaan isu semasa. Tanpa berlengah lagi aku bergegas pergi mendapatkan komputer ribaku dan terus menaip sekadar yang aku tahu.

  Baru-baru ini kita melihat isu hukum Allah hudud hangat diperkatakan dari bibir ke bibir, dalam sidang parlimen mahupun di kedai kopi. Tidak kira tua mahupun muda, semua membincangkan masalah ini. Apatah lagi golongan mahasiswa yang penuh dengan idealisme. Ada sesetengah pihak kata, wajib dilaksanakan walau dalam apa jua keadaan kerana hukum sedia ada tidak mampu mengatasi masalah jenayah yang semakin melarat sekarang. Ada juga yang mengatakan, hukum yang sedia ada sudah memenuhi maqasid syariah yang ditetapkan oleh syarak . Tidak kurang juga, ada yang mengatakan hukum hudud ini tidak adil kepada semua kaum. Astaghfirullah!!! Namun bagi aku, mengapa masih berlengah lagi? Umat islam sekarang sudah melarat. Hanya ISLAM sahaja solusinya. Lagi pun kita mesti menghormati rakyat Kelantan yang majoritinya mahu hudud dilaksanakan di bumi barakah tersebut dan ini selari dengan semangat demokrasi yang diamalkan di negara tercinta ini.

   Terbaru yang paling menggemparkan seantero Malaysia, mengenai Belanjawan 2012 yang hangat diperkatakan dalam media massa sekarang. Suara Keadilan mendedahkan                                                                   


''Di bawah kerajaan Umno BN, setiap 27juta rakyat Malaysia terpaksa                    menanggung beban hutang berjumlah RM16,185 lantaran kerajaan Umno 
BN terus menghimpunkan hutang tahun demi tahun. Ini terbukti apabila Belanjawan 2012 yang dibentangkan Najib Razak adalah defisit untuk tahun ke-14''


Kalau rakyat tidak cakna mengenai masalah ini, tidak kejam kalau aku katakan mereka ini bukan warganegara Malaysia. Kemudian, mengenai Laporan Audit Negara. Sangat mengejutkan jiwaku yang sememangnya tengah bergejolak ini. Sedikit perkongsian daripada apa yang aku baca dalam laman sesawang.    Kementerian Pelajaran: RM160.7juta telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang lengkap. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak tahun 3 tahun yang lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna. Lebih parah lagi , kata seorang sahabat kepada teman sepengajianku sewaktu dia membuat kajian di Sabah dahulu , komputer sudah sedia tetapi elektrik tiada. Aduhai! Sebenarnya banyak lagi Laporan Audit Negara yang memperlihatkan ketidakcermatan kerajaan dalam mengurus tadbir kewangan negara. Tidak tersangat kejam jika aku mengatakan rakyat yang tidak ambil peduli akan hal ini, tidak tahu akan kewujudan negara Malaysia yang sememangnya kerdil ini!

   Terbaru mengenai masalah akidah umat islam yang semakin meruncing sehingga banyak pertubuhan bukan kerajaan,NGO turun padang bersepakat untuk berhimpun bagi memperlihatkan keizzahan islam. Tetapi yang amat aku kesali sekali, dalam semangat melaungkan 'Selamatkan Akidah' tika berhimpun ada juga remaja yang mengambil kesempatan untuk berpacaran(masalah akidah betul budak ni). Golongan apakah mereka ini? Dalam hal ini, suka aku mengambil kata-kata pemimpin nombor satu negara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Beliau menyeru umat islam perlu terus mempertahankan kesatuan ummah(akidah) yang merupakan tunjang kepada kekuatan Islam. Tegas  Perdana Menteri lagi, banyak perkara dapat dilakukan apabila kesatuan dapat diwujudkan dalam kehidupan umat Islam selain kekuatan yang ada boleh dipertahankan jika kesatuan ummah berdiri kukuh sama ada dalam mahupun luar negara. Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa , warna kulit, budaya dan negara , umat islam adalah yang satu di mana sahaja mereka berada. Aku tetap berbangga dengan beliau walau disebalik kepincangan kepemimpinan beliau, tetap ada sekelumit kesedaran tentang kesatuan ummat.


  Rentetan daripada isu akidah dan murtad, timbul pula isu kebebasan akademik yang memperlihatkan satu susuk tubuh yang mempunyai kesedaran dengan amanah ilmu yang dipikul, Prof Dr Aziz Bari, seorang Pensyarah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM). Beliau mengkritik tindakan Sultan Selangor tanpa sedikit  rasa kepentingan peribadi kerana sedar tanggungjawab menyampaikan ilmu dan menegur pemimpin itu penting. Beliau mengatakan tindakan sultan campur tangan dalam isu pemeriksaan sebuah gereja bukan sesuatu yang biasa terjadi. Baginda ada hak untuk campur tangan tapi perlu dijalankan selaras dengan ajaran agama. Lantaran itu, ramai yang mengecam Aziz Bari sehingga ada yang mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai pensyarah dan bertanding dalam pilihanraya. Tidak kurang juga, pentadbiran UIAM telah mengeluarkan notis penggantungan tugas Aziz Bari sehinggakan mahasiswa turun padang berdemonstrasi, mempertahankan beliau dan memperjuangkan hak kebebasan akademik.
  
   Sahabat sekalian, jari jemari terus menaip dengan hati berzikir pada tuhan agar diberi panduan dan tidak menulis benda yang salah. Aku tidak meminta para sahabat membaca artikel kerdil ini, tapi aku ingin meminjam hati dan minda pembaca sekalian.''LUASKAN MINDA, BUKA HATI''

   Aku lebih suka  menulis peristiwa disekelilingku kerana terkadang orang boleh menjawab soalan Fikh Kenegaraan tetapi maksud iman dan takwa masih keliru. Baru-baru ini, kita digemparkan dengan ''Reseat SHE1114'' .Pelbagai reaksi aku lihat daripada para sahabatku. Ada yang sedih kerana kena belajar balik apatah lagi tengah sakan bercuti di rumah. Ada yang positif sebab boleh tebus balik pointer yang rendah dan banyak masa untuk ulangkaji di rumah dan aku termasuk dalam golongan ini. Aku tertanya-tanya mengapa bolek jadi begini? Sehinggalah rakan karibku mengatakan ada pensyarah tanpa sengaja membincangkan soalan Peperiksaan Akhir Matematik 1(SHE1114) dengan beberapa orang pelajarnya sewaktu slot 'consultation' sehingga ada yang melaporkan kepada Menteri Pengajian Tinggi. Bukan hendak memperbesarkan benda kecil tapi perkara ini penting! Mungkin ada yang cakap ''benda kecik ja'' tapi rasionalkah kerana beberapa orang sahaja yang sudah menjawab soalan tersebut, satu CFS PJ terpaksa reseat SHE1114? Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Atas semangat yang ada ,ada segolongan mahasiswa UIAM yang membuat 'page' bantahan reseat SHE1114 dalam facebook. Sesungguhnya aku berbangga dengan mahasiswa yang tidak mati sensitivitinya. Sekali lagi aku mohon pembaca sekalian supaya luaskan minda dan buka hati. Sebenarnya, reseat SHE1114 mempunyai banyak hikmah berbanding mafsadahnya.


  Aku hargai sensitiviti yang masih hidup tapi mahasiswa perlu berfikir panjang demi penguasaan ilmu yang dipelajari Bukan sekadar belajar untuk peperiksaan. Reseat SHE1114 sebenarnya 'mengetuk' minda kita dan 'membius' kesedaran mahasiswa bahawa menuntut ilmu adalah bekalan untuk kehidupan bukan bekalan peperiksaan! Walaupun aku tidak menafikan kelemahan sistem pemdidikan di negara ini yang lebih menekankan sistem 'exam oriented'. Tetapi sebagai mahasiswa perlu mencaril inisiatif lain untuk mengatasi masalah ini dan bagi aku reseat SHE1114 boleh dianggap sebagai salah satu inisiatif terbaik. Kemudian, cuti yang terluang semestinya tidak terbuang dengan perkara yang tidak berfaedah agar terhindar daripada gejala sosial yang melanda negara dan sentimen mahasiswa sampah tidak akan wujud. Justeru, reseat SHE1114 sebenarnya mengajar erti 'belajar sepanjang hayat' selari dengan hadis nabi yang berbunyi;
 ''tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad''
Seterusnya, aku melihat kepada tahap penguasaan ilmu yang dipelajari oleh mahasiswa akan bertambah baik. Orang yang rendah penguasaan ilmu akan bertambah bijak dan yang cemerlang akan konsisten dengan kecemerlangannya. Barulah dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan saranan Pak Lah. Sesungguhnya, manusia cemerlang itu dinilai dengan tahap penguasaan ilmu(aplikasi ilmu) bukan pada 4.0 flat atau 5.0 flat(kalau ada)! Justeru, kejarlah ilmu bukan 4.0 flat, nescaya engkau akan beruntung.




::Aku cuba untuk bersikap neutral tetapi aku tak mampu menegakkan benang yang basah. Salah mesti kena tegur!::

Thursday 3 November 2011

islah diri

Bosan betul baca novel contengan jalanan, hlovate ni. Sudah la guna bahasa rojak, kalau aku master english tak pe la juga. Terpaksa buka kamus english oxford yg tebal tu. Sedang asyik melayan novel yang tadi rasa bosan tiba-tiba sampai satu frasa yang membuatkan aku terpegun, terkesima, ter.....
  ''The man that decided to change on the 12th dies on 11th''
Lalu aku menggapai handset myiman  dan menghantar mesej kepada teman-teman karibku mengenai maksud frasa di atas. Respon semuanya lebih kurang begini, kalau nak berubah kena la dari sekarang. Jangan tunggu lama-lama nanti nasi menjadi bubur. Tapi antara respon yang paling mencuit hatiku;''mati salah tarikh''. Mungkin sahabatku ini belajar falsafah yunani kot. 
Betul lah kata hlovate, kita perlu berubah dari sekarang, dari waktu ini, dari saat ini juga. Tapi nak cakap senang memang senang, tapi nak membuat perubahan diri itu sangat payah. Apatah lagi, meninggalkan perkara-perkara yang sudah menjadi rutin harian kita. Seperti mengumpat, melayari internet lucah, mencarut yang seperti menjadi zikir harian kita, jamming sehinnga lalai dari solat fardhu, menonton movie sehinga larut  malam sampai subuh menjadi subuh-dhuha, melayan drama korea sampai 'addicted' dan sebagainya. 
Mungkin susah kita nak berubah, tapi aku suka memberi pendapaat kepada pembaca blog yang tak seberapa ni. Pertama sekali tajdidkan niat(ayat skema la pulak). Untuk berubah mesti kena perbaharui niat kita dan kuatkan azam sambil tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan perlahan-lahan dan buangkan segala kekeruhan yang mengulit jiwa.Kalau boleh ulang beberapa kali. 
Kemudian, kalau kita lihat trend zaman sekarang suka menjadikan artis-artis terkenal sebagai idola mereka seperti tiz zaqiah,remy ishak, rain bi, lee min hoo, lee dong wook dan sebagainya. 
Tidakkah kita mengetahui nabi muhammad itu sudah cukup untuk menjadi role model kita semua? Dalam al-quran pun ada sebut dalam surah al-ahzab,21.
 ''Sesungguhnya telah ada pada(diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah''

Mungkin kita rasa berat dengan suri tauladan yang nabi muhammad tunjukkan, tapi kita boleh mengambil contah para sahabat nabi sendiri seperti usamah b zaid, saad b abi waqqas dan ramai lagi. Mungkin kita boleh mencontohi pemuda-pemuda yang hebat seperti salahuddin al-ayyubi, musa b nusayr, muhammad b al-qasim at-thaqafi dan sebagainya. Dan aku tertarik dengan satu susuk tubuh pemimpin yang berjiwa rakyat iaitu anak sultan kelantan, tengku mahkota kelantan,tengku muhammad faiz petra sultaan ismail yang menyeru para remaja menjadikan para sahabat sebagai idola mereka.
   ''Titah baginda, nama-nama besar seperti Saad bin Abi Waqas, Talhah bin Ubaidillah dan Zubair Al-Awam adalah antara belia kental, malah memeluk agama Islam ketika masih remaja.
Titah Tengku Mahkota lagi, mereka (Saad, Talhah dan Zubair) adalah antara nama-nama besar dalam sejarah Islam sebagai sahabat Nabi malah kehidupan mereka selepas memeluk Islam dihabiskan dengan mempertahan agama Allah.Remaja Islam yang masyhur dalam sejarah Islam itu wajar dijadikan idola sekiranya ingin menjadi seorang remaja yang beriman, bertaqwa dan berakhlak,” 

Tapi satu perkara yang sering kita lupa dek kerana mencontohi tokoh-tokoh tersebut. Kita terlupa bagaimana semasa zaman kanak-kanak mereka, semasa zaman muda mereka bagaimana mereka ditarbiah oleh Rasulullah sendiri , bagaimana ibu bapa mereka mendidik mereka sehinnga menjadi insan berjasa apabila besar. Kita terlupa bagaimana proses tarbiah yang mereka lalui ini!!! Inilah yang sepatutnya menjadi contoh kepada kita semua. Mungkin ini boleh membantu kita mengislah diri kepada yang lebih baik, agar tenaga pemuda kita ini dapat digembleng untuk islam tercinta.


''aku suka berkongsi, lalu aku kepilkan sekali warkah kerdil ini buat tatapan semua. semoga bermanfaat''
                                                                            ::pemudarumput takkan mudah kalah::