Disebutkan dalam kitab rakhiqul makhtum isi Perjanjian Hudaibiyah
adalah:
1)Rasulullah s.a.w hendaklah pulang pada tahun itu dan tidak
boleh masuk ke Mekah. Pada tahun hadapan orang-orang Islam boleh masuk Mekah
dan menetap di situ selama 3hari. Mereka hanya boleh membawa senjata orang
berperjalanan sahaja iaitu pedang yang disarungkan & pihak Quraisy tidak
boleh menghalang mereka walau dengan apa cara sekali pun.
2) Gencatan
senjata dilaksanakan antara dua pihak selama 10tahun. Dalam tempoh itu manusia
berada dalam keadaan aman & hendaklah sebahagian mereka menghalang
sebahagian yang lain daripada menimbulkan kekacauan.
3) Siapa yang suka
masuk ke dalam perlindungan & jaminan Muhammad maka ia boleh berbuat
demikian. & siapa yang mahu masuk dalam perlindungan Quraisy dan
jaminannya, ia boleh berbuat demikian. Mana-mana kabilah yang bergabung
dengan salah satu pihak ini dianggap sebahagian pihak tersebut. Sebarang
persengketaan yang ditimbulkan oleh mana-mana kabilah dianggap persengketaan
terhadap pihak tersebut.
4) Orang Quraisy yang datang kepada Muhammad tanpa kebenaran
walinya iaitu melarikan diri kepada Muhammad hendaklah dikembalikan kepada
mereka. Orang yang bersama Muhammad jika datang kepada Quraisy iaitu melarikan
diri dari Muhammad tidak akan dikembalikan.
Beberapa kejadian yang berlaku sewaktu rundingan dalam
perjanjian ini. Antaranya Saidina Ali penulis perjanjian ingin memulakan
perjanjian dengan “Bismillahirrahmanirrahim” tetapi dihalang oleh Suhayl bin
Amru lalu dimulakan dengan “Bismikallahumma” & ingin menyebut “Muhammad Rasulullah” tetapi sekali
lagi dihalang oleh Suhayl & Nabi menyuruh Ali memadamnya tetapi Ali enggan
lalu Nabi memadamnya sendiri dan menulis “Muhammad bin Abdullah”.
Perjanjian ini
adalah gencatan senjata Hudaibiyah. Sesiapa yang menyelidiki perjanjian secara
mendalam butir-butir perjanjian beserta latar belakangnya, rupa-rupanya
kemenangan yang besar buat umat islam. Walaupun hak umat islam untuk menunaikan
umrah&haji pada tahun tersebut dinafikan tetapi umat islam bebas menunaikan
umrah&haji bermula pada tahun hadapan.
Walaupun terpaksa
mengalah dalam beberapa aspek seperti nama Allah( ar-rahman & ar-rahim)
& gelaran Rasulullah tetapi umat Islam bebas menyebarkan dakwah tanpa
sebarang gangguan kaum kafir Quraisy dalam kerangka gencatan senjata selama
10tahun & umat islam tidak mendapat sebarang kemudharatan dengan butiran
perjanjian ke-4 walaupun lebih berpihak kepada kafir Quraisy. Satu iktibar yang
paling besar apabila Perjanjian Hudaibiyah ini menyingkap pengiktirafan kaum
kafir Quraisy Mekah terhadap kerajaan Islam Madinah yang dipimpin Rasulullah
tercinta.
Walaupun butiran
perjanjian tidak berpihak kepada umat Islam tetapi hasil dari perjanjian ini
berbondong-bondong orang memeluk agama Islam.
Refleks dari
sirah nabi ini, tergambar dalam peristiwa besar 5 Mei 2013, PRU13 dimana
pertempuran sengit antara Pakatan Rakyat(PR) & Barisan Nasional(BN).
Boleh dikatakan
satu peperangan masa kini yang memberi kelebihan kepada BN yang menguasai kewangan
negara , media massa arus perdana dan badan bebas yang menjalankan PRU iaitu
SPR.
Kita melihat
pihak PR dinafikan haknya untuk menjawab segala isu yang dilontarkan BN dalam
media, kita melihat nama daftar pengundi yang tidak bersih, undi pos yang dimanipulasi
oleh BN, dakwat kekal yang kekal sehari cuma walau ditegaskan kekal 7hari oleh
SPR, kejadian ‘blackout’ di kebanyakan pusat pengiraan undi, pengundi bangla
upahan, peti undi hilang di parlimen Putrajaya dan banyak lagi penipuan yang
berlaku.
Keadaan ini lebih
berpihak kepada BN dan berjaya menubuhkan kerajaan kabinet. Namun, hasil
undian memperlihatkan majoriti rakyat mengundi PR dengan 52% berbanding BN 48%.
Maka, walaupun banyak situasi yang lebih berpihak kepada BN tetapi
berbondong-bondong rakyat memilih PR dalam menyokong gagasan kerajaan rakyat.
Tahniah kepada kerajaan BN dapat menubuhkan kerajaan dengan
majoriti rakyat menolak BN!
Inilah sejarah yang berulang kembali. Amat beruntung kepada orang yang selalu membelek-belek sirah perjuangan Rasulullah. Saya yakin dan percaya, dugaan yang dihadapi oleh Rasulullah dan para sahabat lebih besar berbanding kita yang secubit rasa susah cuma. Maka amat malanglah orang yang meragui dan keluar dari jalan perjuangan ini.
Inilah sejarah yang berulang kembali. Amat beruntung kepada orang yang selalu membelek-belek sirah perjuangan Rasulullah. Saya yakin dan percaya, dugaan yang dihadapi oleh Rasulullah dan para sahabat lebih besar berbanding kita yang secubit rasa susah cuma. Maka amat malanglah orang yang meragui dan keluar dari jalan perjuangan ini.
Dan lagi, aku pernah menanyakan perihal kekalahan PR dalam
PRU13 kepada salah seorang bekas pimpinan PAS Pusat. Lalu dijawabnya kekalahan
ini merupakan satu rahmat buat PR disebabkan masih ada lagi segelintir sahabat
kita yang masih tidak memahami matlamat sebenar perjuangan kita. Matlamat kita
adalah menegakkan kalimah Allah dan bukan kemenangan PRU semata-mata.
Maka wahai sahabat seperjuangan, tetaplah tsabat dalam
perjuangan.
“ Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan
kamu melihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka
bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan pohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia
adalah Maha Penerima Taubat” (an-nasr,
1-3)
barangsiapa yg melupai sirah, pasti akan belek balik lembaran sirah
ReplyDeletesirah itu satu pengajaran yang besar bagi umat islam.. jgn pernah lupakan sirah nabi!
Delete