Wednesday 17 October 2012

SAHABAT YANG HILANG


 Dalam satu majlis rasmi. terasa kerdil diri ini bila dijemput berucap dihadapan sahabat-sahabat yang penuh dengan ilmu apatah lagi nak dibandingkan dengan diri ini yang hanya setapak baru melangkah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam penuh barakah buat semua teman-teman. Apa khabar semua? Terasa sejuk & tenang hati bila dapat berkumpul dengan kamu semua. Melihat wajah-wajah yang tak pernah putus asa dalam medan perjuangan dakwah. (salam dijawab dengan penuh bersemangat).

Sebelum saya mulakan ucapan ini, suka saya lontarkan satu teka-teki.
''Jika lembu jadi semut, jika kambing semut, jika burung jadi semut, maka semut jadi apa?''

Lantas semua menjawab, ''semut jadi banyak!''
(Suasana majlis menjadi ceria seketika, Aku juga tersenyum seketika melihat reaksi mereka.)

Lalu aku melontarkan satu kenyataan.
Cara kita menjawab adalah menggambarkan diri kita. Mana mungkin seorang mahasiswa dan juga seorang pendakwah menjawab persoalan masalah-masalah umat dengan biasa-biasa sahaja. Namun ,saya faham benda yang mudah jangan dibuat susah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Suka saya berkongsi sedikit pengalaman sepanjang jangka masa 5 bulan ini. Bulan pertama saya telah kehilangan beg duit, duit tunai rm300, my card, kad-kad atm dan lesen memandu. Bayangkan seorang anak kecil telah kehilangan ibu dan bapanya. tiada arah hendak dituju, tiada siapa hendak diadukan masalah. yang ada hanya Allah dan Rasul.

Tiada siapa tahu perasaan saya pada waktu itu melainkan hanya allah. Namun allah tak pernah salah mengatur segalanya. Atas perasaan kasih sayang sesama mukmin, seorang sahabatku menghulurkan rm50 sambil berkata.

''Akhi, ambillah duit ni, kalau dah jumpa beg kau, pulanglah balik tapi kalau tak jumpa ambil sahaja buat belanja awal sem ni''

Hati rasa tersentuh seketika kerana dapat rasakan keikhlasan hati sahabatku ini. Kalau benar mahu memberi takkan bertanya perlu atau tidak tapi terus memberi. (hati yang ikhlas tiada ragu untuk memberi)

Kes kedua hilang dompet, selepas waktu solat. Tapi alhamdulillah atas keprihatinan sahabat-sahabat , jumpa balik.

Tapi yang paling  dahsyat adalah selepas penat buat my card baru, malam tu lagi sekali
dompet hilang. My card baru, kad-kad atm baru pun hilang. Allah!
Tiba-tiba jiwa terasa sangat sempit. Dugaan mendatang sangat menyesakkan fikiran.

Tak akan saya lupa nasihat sahabat, anas, banyakkan beristighfar!
Seminggu kemudian setelah macam-macam usaha mencari, akhirnya buat keputusan untuk buat my card baru. Alhamdulillah ramai sahabat yang membantu.

Lalu kesimpulan awal yang boleh saya katakan disini adalah,
Sangat bahagia bila ada sahabat yang setia disisi.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Jika kita menyusuri sirah nabi yang sangat indah pada waktu hijrah nabi ke Madinah. seorang sahabat nabi Saidina Abu Bakar sanggup bersusah payah menyediakan seekor unta untuk Nabi tanpa rasa ingin dibalas.

Kita juga dapat lihat bagaimana Abu bakar menjaga kekasih Allah ketika kaum kafir Quraisy mengejar Nabi. Ketika persembunyian di gua tsur, Abu bakar menutup lubang-lubang gua tsur dengan kain-kain dan hanya tinggal satu lubang yang tak dapat ditutup. Maka, Abu bakar menutup dengan tangannya. Lalu ular di dalam lubang tersebut mematuk tangannya. Jika dia bangun atau menjerit kesakitan risau akan mengganggu Nabi yang sedang tidur di atas ribanya. Maka atas dasar rasa kasih dan sayang yang tidak terhingga kepada Nabi, Abu bakar menahan kesakitan sehinggakan air matanya meleleh lalu jatuh di muka nabi.

Betapa setianya Abu bakar menjadi sahabat Rasulullah. Tanpa ada rasa ingin dibalas dan tanpa rasa ingin disanjung, Abu bakar tetap terus memberi dan memberi tanpa rasa puas. Abu bakar tetap bahagia menjadi sahabat yang sangat setia.

Pada waktu yang lain, dalam banyak peperangan Abu bakar antara orang pertama menyahut seruan Rasulullah menginfakkan harta sehinggakan yang ada padanya hanyalah Allah dan Rasul.

Masyaallah, dapat kita lihat disini, Abu bakar rasa sangat bahagia bila dapat memberi dan menyumbang. Sungguh bahagia Abu bakar menjadi seorang sahabat. Tiada apa yang dapat membahagiakan Abu bakar melainkan menjadi sahabat kepada kekasih Allah.

Lalu ingin saya tegaskan disini..
RASA BAHAGIA BILA ADA SAHABAT SETIA DI SISI, TAPI TERLEBIH BAHAGIA BILA MENJADI SAHABAT..

(aku meneruskan lagi ucapan dan melontarkan point terakhir yang sangat penting)

Ikhwah dan akhawat yang dihormati,

Dalam perjuangan menegakkan agama islam ini, 'la budda' kita perlukan ikatan ukhwah yang sangat mantap. Biar kita rasa kebersamaan sesama kita. Biar kita rasa susah senang bersama. Biar masuk syurga pun sama-sama, masuk neraka pun sama-sama.(hanya gurauan/suasana menjadi gamat dengan gelak tawa seketika)

Namun perlu diperjelaskan dan ditekankan disini, bahawa ukwah itu bukan matlamat tapi adalah satu wasilah untuk mencapai matlamat.

Jangan sampai kita berukhwah sehingga terabai ikhtilat kita sesama muslimin dan muslimat.
Jangan sampai atas alasan ukhwah kita bebas berbalas-balas mesej sesama muslimin dan muslimat.
Jangan sampai ukhwah itu yang menghancurkan mata-mata rantai perjuangan para nabi dan para sahabat.

-sahabat sampai ke syurga , perjuangan selamanya-

ukhwah fillah abadan abada.

wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


[ucapan di atas tiada kena mengena dengan kisah sesiapa pun.hanya sekadar rekaan semata untuk renungan bersama]








Monday 16 July 2012

DIA & AKU

Pondok usang di tepian pantai. Disebelahnya terdapat sebatang pohon rendang tergantung tayar tempat aku sering berbuai. Sambil berbuai sambil menghirup udara segar Laut China Selatan. Sangat menenangkan jiwa disaat fikiran kusut penuh dengan masalah.
Terasa bagai masalah hilang sementara. Bila berbuai sambil menyanyi terasa dunia ini milik aku.




Aku sedar aku sentiasa ada sahabat sejati sentiasa disisiku. Bila aku  
betul, dia sentiasa menyokong aku. Bila aku salah, dia tetap disisi aku dengan membetulkan aku. Bila aku sedih tak mampu, kau pasti menghiburkan aku. Walau dengan sebiji coklat. Mampu buat aku tersenyum senang.

''Aku tak sanggup lagi hidup begini, tuhan tak adil dengan aku'', kataku sambil menghela seribu kekesalan.

Lantas sahabatku hulurkan sebiji coklat kepadaku dan tanpa berfikir panjang aku terus makan coklat tu.

''Coklat tu aku simpan sebulan yang lepas dalam kocek baju aku'', katanya dengan senyuman nakal.

Kau ketawakan aku dan dengan rasa geram aku berlari mengejar kau.
Sahabatku menarik aku dan dirinya ke dalam pantai sampai kami kebasahan.
Aku simbah kau air, kau simbah aku. Masing-masing tak mahu mengalah.
Kami ketawa keriangan.

Suasana ibarat tiada masalah melanda diriku.

Aku yang kepenatan berkejaran tadi duduk di pasir yang memutih sambil menghadap lautan yang luas. Sahabat aku turut duduk di sebelah ku.

''Dah rasa ok sikit?'', soal sahabatku.

Soalan sahabatku aku biarkan berlalu. Rasa nyamannya bayu laut buat aku berkhayal seketika.

Sahabatku bertanya lagi , orang sebelah ni dengar ke tidak?

Aku terkedu lalu menjawab ''ketenangan itu hanya Allah yang dapat bagi, lalu Allah kirimkan aku sahabat untuk melengkapi diriku. Aku mencintaimu''

Sahabat membalas kata-kataku
.
''Ada dua sebab kenapa orang boleh marah, 
mungkin sebab orang lain buat dia marah atau kita sendiri yang mudah marah.
Ada dua sebab kenapa orang boleh menangis kesedihan, 
mungkin sebab orang lain buat dia sedih atau diri sendiri yang mudah terasa.
Ada dua kemungkinan kenapa orang mencintai Allah,
sama ada orang lain yang menyedarkan kita atau kita yang mencari.
Namun, semua perkara kembali kepada diri kita. Sama ada diri kita boleh hadapi atau tidak.''


Di kala hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
KepadaNya akan ku pergi
Demi mencari bimbingan kita semula.


Ku berserah takdir padaNya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana..

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
NamaMu selalu Ya Rabbi

Walaupun tak diberi kemakmuran
Akanku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi

Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku berserah takdir padanya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana..

Dia di hatiku selalu
Memberikanku petunjuk apabila perjalanan ku sukar
Biar pun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya.
Ujian Hidup by IMAM MUDA





Tuesday 19 June 2012

AKU HANYA MAMPU TERSENYUM

Bismillahirrohmanirrahim....
Malam ni aku bagaikan tiada perasaan untuk menulis. tapi aku mahu menulis kerana aku ingin orang tersenyum dengan tulisan aku. Lalu aku menulis artikel bertajuk 'Aku Hanya Mampu Tersenyum'. 

Terkadang aku senyum memang sebab aku nak senyum sebab benda tu membuatkan aku nak senyum.
Terkadang aku senyum sebab aku suka nak senyum sebab senyum membuatkan orang suka kat aku.




Terkadang aku tersenyum sebab aku inginkan sesuatu sebab setiap apa yang kita lakukan ada agenda tersendiri. Jadi sila berjaga-jaga bila terlihat aku senyum!
Terkadang aku tersenyum sebab aku ingin lindungi resah dijiwa sebab aku IBARAT BULAN DI MATAHARI.

[fikir-fikirkan]

Wednesday 15 February 2012

cinta SUDOKU

Orang zaman sekarang ketandusan jiwa, sebab itu aku gemar berbicara mengenai jiwa.
Orang zaman sekarang suka berkata mengenai cinta, sebab itu aku suka cakap mengenai cinta pada ALLAH.
Orang zaman sekarang, suka berbincang berkenaan pasangan kekasih masing-masing, sebab itu aku suka berbincang mengenai adab-adab bercinta.
Orang sekarang suka bermadah pujangga, sebab itu aku suka bermadah pujangga dalam blog ini.....

Sesungguhnya adalah menjadi fitrah seorang manusia untuk saling mencintai. bercinta itu tidak salah tetapi yang salah apabila syariat islam itu dilanggari..
Sesungguhnya mengungkap cinta itu sangat indah kepada pasangan kekasih, tetapi mengungkap cinta kepada Allah jarang sekali kita fikirkan. Kita hanya tahu nak dapat pahala, jadi orang yang soleh, masuk syurga & terhindar neraka , tetapi cinta kepada Allah?
Dalam solat fardhu 5waktu sehari semalam, adakah sekadar melepaskan tanggungjawab wajib sahaja?
Tidakah terbit rasa cinta kepada Allah?
Mungkin ada yang kata hipokrit apabila berkata ''aku cintakan Allah'', tapi itulah yang sebetulnya iaitu manusia kembali kepada fitrah(cinta kepada Allah).
Aku meninggalkan pembaca sekalian dengan secoret pengalaman ku.
Suatu hari dalam satu program, aku dipaksa untuk membuat ''game sudoku''. Tiadalah satu petak yang aku dapat jawab melainkan kosong sahaja. Setelah beberapa hari, terdetik dihati untuk menguasai game tersebut lantaran aku dapat lihat kebaikannya kepada minda dan sekarang aku berminat untuk membuatnya tanpa sebarang paksaan sehingga menjadi hobi aku.
[moral value~ Kadang-kadang paksaan itu perlu. Begitu juga dalam hal ikhlas & cinta kepada Allah]

::merasa diri mencintai Allah, riak yang yang mendatang....tetapi bagaimanakah cinta kita kepada Allah?::

Tuesday 3 January 2012

SETIA ABU BAKAR

Bumi barakah ini menyimpan seribu kenangan yang amat berharga dalam diriku. Di sini aku belajar apa itu seorang hafiz al-quran, apa itu seorang daie, apa itu ukhwah....

Adli, lepas ni nak sambung UIA ke?soal yusuff kepadaku
Aku nak pergi mesir la. Tapi macam tiada peluang je. Sebab permohonan kena tolak, jelasku ringkas. Kau?soalku..
Aku nak pergi mesir juga, guna agent je. Tapi aku tak pasti lagi. Jawab yusuff....
Hatiku bagai terasa satu kehilangan. 


''dan aku masih di sini, terus mendaki puncak tertinggi hidupku, dan aku masih menanti saat yang manis akan berulang kembali....sahabat.....''
rangkap akhir lagu ''sahabatku,devothees'' menyedarkan aku perpisahan itu pasti terjadi. 
Rangkap lagu ini juga membuatkan aku sering teringat dengan sahabatku yang berada di bumi anbiya'. Rangkap ini juga membuatkan aku yakin pertemuan semula pasti akan terjadi dan aku setia menanti.



::kita sering ingin mendapatkan sahabat sehebat akhlak Nabi..tapi kita terlupa untuk menjadi setia seperti Abu Bakar ::