Bangun subuh
4 julai 2013 ibarat bangun dalam subuh yang kelam. Berita kejatuhan kerajaan
Mursi amat memilukan hati. Ibarat bak kata teman sepengajian, lebih pilu dari
kekalahan PR dalam PRU13.
Awan Mesir
bergolak lagi. Kali ini penggulingan Presiden Mursi oleh pihak tentera yang
diketuai Abdel Fateh al-Sisi yang turut disokong oleh kumpulan liberalis,
sekularis dan sosialis. Karat-karat jahiliah selama lebih 30 tahun, mampukah
dipulihkan selama setahun? Oh, teori relatif apakah ini?
Aku bukanlah warganegara Mesir, dan bukan juga pelajar yang menuntut di
Mesir tapi aku adalah insan yang dapat merasai kesedihan dunia dengan peristiwa
pahit yang menjadi satu sejarah kini. Mungkin sebelum ini kita meratapi
kejatuhan empayar agung Usmaniyah. Tetapi kali ini pada zaman kita sendiri
kejatuhan kerajaan yang mendokong hukum-hukum Allah dijatuhkan. Kesedihan dunia
pada waktu ini membuatkan aku rasa terpanggil untuk memberikan sedikit coretan
semangat buat sahabat-sahabat di luar sana.
Sahabat-sahabat,
Sejarah kali ini benar-benar menguji keimanan para pejuang Islam. Adakah
perlu terus menentang di jalanan menandakan protes atau terus mengatur strategi
lain? Persoalan yang bukan mudah untuk difikirkan dan membuktikan perjuangan
islam bukan semudah A,B,C; bukan semudah berdiskusi diawang-awangan tanpa jejak
dan bukan semudah memberi arahan. Sesungguhnya pasti ada ujian untuk mengukur
sejauh mana kesungguhan kita memperjuangkan Islam.
’’ Patutkah manusia meyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya
berkata : ‘kami beriman’ , sedangkan mereka tidak diuji? ’’ (Al-Ankabut,2)
Dan aku ucapkan SYABAS! kepada teman yang berusaha dalam susah payah untuk memenangkan
PR dalam PRU13 sebelum ini dan setinggi-tinggi SYABAS! kepada yang terus
istiqamah walau kemenangan masih tertangguh.
Teman-teman,
Peristiwa pahit ini pasti akan menjadi kajian oleh para penganalisis
politik dan jika dibukukan hasil kajian pasti menjadi ‘best seller book’ dan aku
sangat yakin menjadi ingatan kepada seluruh abnaul harakah. Sungguh!
Ikhwah dan akhawat,
Demi sesungguhnya setiap perjuangan ada ujiannya dan setiap ujian adalah
tapisan-tapisan Allah dalam meneruskan perjuangan ini. Bahkan para sahabat Rasulullah
juga di tapis oleh Allah sebelum peperangan Uhud di mana Abdullah bin Ubay telah
menghasut sebahagian tentera Islam untuk berpatah balik ke Madinah atas alasan
tidak bersetuju dengan cadangannya supaya bertahan di Madinah sahaja.
Sehinggakan hampir 300 orang tentera Islam berpatah balik dan yang pasti
tentera berbaki adalah tentera yang setia dan sentiasa bersemangat untuk
bersama-sama dengan Rasulullah.
’’ Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu
daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui
Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan yang nyata pula
apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.’’ (Al-Ankabut,3)
Serangkap lagu ‘Ini Langkahku’ sangat
bagus untuk direnungkan :
Ini langkahku,
Yang kan ku hayun,
Walaupun payah,
Tak akan jelak,
Bangkitkan jihad ku !!!
Teguhkan
iman, tetapkan hati, teruskan asa, tegapkan langkah, tajamkan pemikiran.
Ingatlah
jika semalam seorang Mursi jatuh, hari ini ribuan bahkan jutaan Mursi akan
bangkit!
Dan aku bermohon kepada
Allah untuk mengambil tangan-tangan kita supaya kita menjadi orang-orang yang
layak untuk mendapat pertolongan dan dokongannya, ya Allah perkenankanlah!
Tidakkah aku telah sampaikan ya Allah, maka saksikanlah.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment