Kisah ini kisah benar sahabatku yang sangat aku kagumi hari
ini. Seorang yang menguasai isu semasa dan dalam masa yang sama menguasai
ilmu-ilmu haraki. Jika berlaku isu-isu kezaliman pemerintah dialah orang
pertama antara kami yang bersungguh-sungguh mencari maklumat untuk hebahan kami
dan orang ramai. Dan di lapangan dia
seorang yang sangat bersemangat menentang saki-baki jahiliah. Dan sungguh aku
tak sangka pada waktu kecilnya ada perangai yang sebegini. Jom kita baca.
‘’Cepat-cepat! cerita
Masked Rider Ryuki dah nak mula’’ setiap hari ahad tepat jam 5 petang pasti
Anang tercongok depan tv menonton aksi kartun kegemarannya Masked Rider Ryuki.
Sedang bermain dengan sahabat-sahabat
sepermainan sempat Anang meniru aksi Ryuki.
“Bertukar!” , jerit Anang sambil meniru
aksi Ryuki bertukar kostum untuk berlawan dengan pihak musuh.
Bukan waktu bermain sahaja tetapi waktu
ingin ke tandas, pergi membantu ibunya di dapur dan bapanya membersihkan
halaman rumah juga sempat meniru aksi “bertukar” tersebut.
Sehinggalah
naik ke tingkatan 1, Anang tetap setia dengan kartun kesayangannya Masked Rider
Ryuki. Dan lebih membanggakan dia berjumpa dengan seorang yang mempunyai minat
yang sama, Syarif.
Di sekolah
asrama tersebut, mereka bermain bersama. Dan yang paling mencuit hati apabila
mereka sama-sama “bertukar” dan berlumba siapa yang sampai dahulu di tandas
untuk mandi.
Pada suatu
malam yang hening, bebintang berkedipan menemani rembulan yang bersinar penuh.
Mereka berdua berimaginasi, muncul sang naga Ryuki yang berkeliaran di langit
bagi menandakan kekuatan Ryuki mengalahkan pihak musuh.
Selepas beraksi dengan sang naga perkasa, Syarif mengajak Anang untuk solat sunat hajat bersama
untuk menunaikan hasrat mereka untuk menjadi seorang Masked Rider untuk
membunuh Presiden GWW Bush yang sangat kejam.
Sehinggalah
pada sujud yang terakhir, mereka mengandaikan mereka telah bertukar menjadi
seorang pejuang Masked Rider yang gagah perkasa untuk membunuh GWW Bush.
Sungguh tak sangka sehingga begini pemikiran sang anak kecil. Zaman sekarang
apa la kan….
Sungguh
mencuit hati bila membaca kisah ini. Walaupun di alam realitinya dia tidak
bertukar menjadi seorang Masked Rider, tetapi semangat menegakkan keadilan dan
menentang kezaliman Anang pada hari ini sangat aku kagumi.
::Masked
Rider Anang::
No comments:
Post a Comment