Hanya sebatang pokok. Redupnya menjadi teduhan sang musafir.
Hijaunya penyejuk mata yang melihat. Rimbun dedaunnya menjadi pengimbang
kepanasan bumi. Tingginya dan besarnya pokok tanda lanjutnya usia pokok.
Hanya sebatang pokok. Redupnya menjadi teduhan Hafiz dan
Hazwan. Hijaunya penyejuk hati Hafiz dan Hazwan. Rimbun dedaunnya menjadi
sumber ilham Hafiz dan Hazwan. Tinggi dan besarnya pokok tanda diri Hafiz dan
Hazwan semakin meningkat remaja. Begitu juga persahabatan ini yang akrab matang
dan semakin matang.
26 JULAI 2008
Redupnya pokok menjadi teduhan Hafiz dan Hazwan selepas
pulang dari sekolah. Di situ mereka berbincang aktiviti sekolah. Hazwan yang
amat meminati bola sepak selalu menceritakan bintang idamannya Robin Van Persie.
Hafiz sebagai tokoh pidato sekolah sangat meminati stail Dato’ Anwar Ibrahim
berpidato. Kami saling berkongsi idola masing-masing.
‘’Hafiz! Lihat ni. Rembatan Van Persie yang sangat tajam. Jangan
tangkap, patah jari nanti’’ jerit Hazwan ke arah ku yang sedang berdiri di hadapan
pokok.
Aku hanya tersenyum
melihat Hazwan sambil menangkap bola sepakannya.
‘’Aduh, laju juga
sepakan bola Hazwan ni. Teruk aku kena’’ rungut aku sendirian. Hazwan di
hujung hanya tersenyum melihat aku agak terkial-kial menangkap bola.
18 OGOS 2008
Hijaunya pokok sangat menenangkan Hafiz dan Hazwan. Pernah
satu ketika Hafiz kecewa dalam satu pertandingan pidato. Hanya ditempat ke-dua
setelah jerih payah berusaha berlatih di bawah pokok bersama-sama Hazwan.
Lalu Hazwan menghulurkan satu kotak hadiah. Sambil tersenyum
dia katakan ‘’Setiap sepakan tajam Van Persie terkadang tak gol pun tapi mampu
menggetarkan pihak musuh. Jangan sedih la, esok aku pasti menang dalam
perlawanan bola sepak. Itu janji dan hadiah buat kau’’ kata Hazwan penuh
keazaman.
Dan memang benar Hazwan memang hebat di gelanggang bola. Pasukan
sekolah juara dan dia dianugerahi pemain terbaik. Memang kehijauan pokok mampu
beri ketenangan di hati.
20 SEPTEMBER 2008
Petang ini seperti biasa kami bertemu di bawah pokok. Hazwan
menceritakan masalah pasukan bolanya yang ada sedikit salah faham menyebabkan
latihan tidak dapat berjalan lancar dan perlawanan persahabatan dengan pasukan
sekolah lain mengalami kekalahan teruk.
Macam mana Hafiz, ada idea tak wahai Anwar Ibrahim ke-2 ?
tanya Hazwan bernada gurau.
‘’Masalah ukhwah kot. Menyebabkan ada yang tak terima posisi
masing-masing’’ Hafiz menduga. Hazwan hanya mengangguk.
‘’Cuba main satu game(modul) bina bangunan sebelum latihan
esok. Kemudian cuba buat satu resolusi berkenaan kepentingan kesatuan dalam
pasukan bola’’ Hafiz memberi idea. Hazwan hanya mendengar.
‘’Dan kaitkan dengan peristiwa peperangan Rasulullah dan
para sahabat. Ingat tak sewaktu Umar Al-khattab melucutkan jawatan Khalid
al-walid sebagai panglima dalam Perang Muktah. Khalid Al-walid penuh taat
dengan arahan itu tanpa sebarang tentangan apatah lagi sebarang rungutan’’ Hafiz
menambah.
‘’Posisi tidak penting, yang penting adalah teruskan
berjuang’’ Hazwan seakan faham maksudku.
Sungguh rimbunan dedaunan pokok mampu mengilhamkan kita.
26 SEPTEMBER 2008
Setelah penat berhempas pulas belajar di sekolah, seperti
biasa tepat pukul 3 petang Hafiz dan Hazwan akan berjumpa di bawah pokok. Tapi
setengah jam Hafiz menunggu Hazwan di pokok penuh kesabaran. Mungkin ada hal
yang mungkin dia perlu selesaikan. Tugasan sebagai ketua pelajar terkadang tak
kira masa. Sungguh Hafiz sangat menghormati Hazwan yang sangat dedikasi dengan
tugas.
Setengah jam kemudian kelibat Hazwan muncul di kejauhan. Hafiz
menjerit memanggil nama Hazwan. Hazwan berlari sambil tercungap menahan nafas.
‘’Hai, takkan Van
Persie tercungap berlari 100 meter’’ Hafiz bergurau.
‘’Tak de lah,
biasa lari 1000meter je, tak biasa lari 100 meter ni, sebab tu tercungap-cungap
ni.’’ Balas Hazwan spontan. Hahaha!! Gelak besar keluar dari perut Hafiz dan Hazwan.
‘’Maaf lambat. Tadi aku terbaca berita pasal Gaza. Israel
laknatullah menyerang gaza lagi. Serangan dibuat secara membabi buta. Ramai
kanak-kanak, orang tua , orang awam yang terbunuh. Dikatakan Israel ingin menyerang
ketua gerakan HAMAS Ismail Haniyeh tapi tersasar sehingga menyebabkan kawasan
orang awam menjadi mangsa’’ terang Hazwan.
‘’Masyaallah.
Semoga Allah membantu para pejuang Islam di Gaza. Dengarnya pejuang gerakan
islam di Gaza, HAMAS sangat berdisiplin. Setiap malam wajib bagi diri mereka
mendirikan solat malam, berpuasa sunat selalu, mengaji al-quran dan
amalan-amalan yang lain’’ Hafiz berkongsi cerita.
‘’Hafiz, aku
berazam nak jadi seorang engineer satu masa nanti. Aku nak cipta jentera perang
yang digeruni. Senjata perang yang paling hebat’’ kata Hazwan dengan
gaya yang sangat bersemangat.
‘’Dan mungkin perlukan orang seperti kau untuk mendidik
masyarakat berjiwa pengasih dan sedarkan orang tentang kewajipan mempertahankan
kesucian islam’’ tambah Hazwan lagi. Hafiz mengangguk tanda setuju dengan
sahabatnya.
23 JUN 2028
Kini mereka
berdua sudah meningkat dewasa.
Hazwan
menjadi seorang jurutera yang sangat disegani negara. Bekerja disebuah syarikat
perkapalan utama negara, GEMPUR Company. Kini sudah mencipta beberapa kapal
perang yang sangat moden dan mampu menggerunkan pihak musuh-musuh islam.
Hafiz sekarang
sudah menjadi seorang ahli parlimen yang sangat disegani kawan dan musuh di
dewan parlimen negara. Pendapatnya yang matang, suaranya yang lantang dan gaya
bercakap yang tenang dan menyengat sangat dihormati dalam kalangan rakyat yang
sangat bijak menilai.
Hafiz dan Hazwan
berdiri bersebelahan di hadapan pokok yang berjasa. Kenangan-kenangan lalu
sangat menyentuh hati.
Mengenangkan
hanya sebatang pokok mampu memberi teduhan kepada manusia.
Hanya
sebatang pokok dengan kehijauannya mampu buat manusia tenang.
Hanya
sebatang pokok dengan rimbunan dedaunnya mampu menjadi inspirasi kepada
manusia.
Ketinggiannya
dan besarnya pokok menunjukkan persahabatan Hazwan dan Hafiz juga semakin
dewasa.
Impian
mereka sudah tercapai. Platform masing-masing juga sangat kukuh. Cuma satu sahaja impian yang belum tercapai.
Membantu perjuangan Islam di seluruh dunia terutama di Palestin.
Tanpa membuang
masa mereka merancang strategi di bawah pokok itu.
Konspirasi terancang bermula dari bawah
pokok itu.