Dr. Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan
PAS Pusat mengulas kenaikan harga keperluan asas sekarang ibarat kecelakaan
yang menimpa rakyat kesan daripada rantaian atau ‘knock-on chain effects’ yang
dicetuskan oleh kenaikan bahan-bahan asas seperti bahan bakar petrol dan
diesel, gula dan tarif utiliti asas seperti elektrik ini!
PETROL
Mulai 3sept, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20sen
dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20sen. PM,Dato’ Seri Najib
menyatakan kenaikan minyak disebabkan untuk mengelakkan masalah kepada
kedudukan kewangan negara.
Kata Najib: “Ini
mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan
(negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara”
Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ahmad Maslan menyatakan
harga minyak Malaysia adalah ke-8 termurah di dunia selepas Venezuela, Arab
Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria. Prof Agus mempertikaikan perbandingan
ini dengan negara Malaysia yang yang tidak ada atau sedikit sumber petroleumnya
dan fakta ini ibarat menafikan fakta harga minyak di Brunei, Qatar, Bahrain,
Algeria, Sudan, Libya dan Oman jauh lebih murah dari Malaysia.
Kalau nak buat perbandingan, kenapa tidak buat perbandingan
harga kereta di Indonesia yang menggunakan Kereta mewah seperti Toyota Vios
untuk teksi sahaja dan harga rumah di Malaysia yang “over priced” dan
kenaikannya yang tidak terkawal?
Kemudian, perkaitan kenaikan harga minyak dengan pemberian
BR1M adalah sesuatu yang tidak munasabah sekali. Demikianlah komentar Prof
Agus.
GULA
Pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Pengguaan
& Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa
kerajaan telah menandatangani perjanjian 3 tahun untuk mengimport gula mentah
dengan harga US26 setiap 100lbs.
“Persoalannya sekarang mengapa kerajaan membeli gula mentah
dengan harga yang jauh lebih mahal daripada harga pasaran ketika iaitu US23.42?
Perbezaan harga kontrak melebihi 10% daripada harga pasaran menyebabkan
kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak rm46juta setiap tahun”kata Tony
Pua DAP Petaling Jaya Utara yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan.
Amaran Tony Pua berkenaan semua laporan penganalisis
antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat ‘excessive supply’ atau
pengeluaran mentah yang terlampau tinggi dipandang sepi apabila dibidas penuh
angkuh oleh Timbalan Menteri perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir
kononnya ‘harga gula mentah dunia akan terus meningkat pada masa depan’.
Namun sejak januari 2012, harga gula antarabangsa menjunam
serendah US16.70 setiap 100lbs pada September 2013. Ini bermakna kerajaan
membeli gula dengan 55.7% lebih mahal daripada harga pasaran bulan lalu.
TOL & LEBUHRAYA
Seterusnya jawapan Dato’ Abdul Wahid Omar berkenaan kenaikan
kadar tol di 13 lebuhraya turut menambahkan lagi kemarahan rakyat yang
disifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat , saudara Suhaizan Kaiat sebagai
Menteri gred E.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid
Omar telah mengesahkan bahawa kadar tol akan dinaikkan pada tahun 2014 dengan
alasan terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi
lebuhraya.
Beliau mengulas bahawa kenaikan tidak dapat dielakkan
disebabkan perjanjian yang termaktub dalam perjanjian konsesi antara kerajaan
dan syarikat konsesi lebuhraya. YB Dato’ Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor
yang juga tokoh korporat mengatakan ini adalah kesilapan kerajaan pusat sewaktu
membuat perjanjian tanpa menyatakan jumlah keuntungan maksimum yang boleh
dikutip menyebabkan keuntungan berganda yang melampaui kos perbelanjaan awal.
Kenaikan bakal dilaksanakn pada tahun 2014.
Rafizi Ramli yang membentangkan nilai keuntungan syarikat
konsesi lebuhraya (boleh lihat dalam Malaysiakini)
baru-baru ini menyifatkan "Setiap kenaikan kadar tol sebenarnya
menambahkan lagi keuntungan mereka sedangkan rakyat terus terbeban dengan
tekanan ekonomi”.
Tambahnya lagi, “Justeru katanya, walaupun tol tidak
dinaikkan, jumlah kutipan konsesi terlibat tetap naik ekoran margin keuntungan
yang kekal tinggi kerana peningkatan kenderaan di lebuh raya sehingga 8.1
peratus. Dalam keadaan kos operasi sudah pun rendah (bagi sesetengah lebuh
raya, kos penyenggaraan tidak sampai 10 peratus pun dari kutipan tol),
keuntungan yang dinikmati antara yang tertinggi berbanding industri-industri
lain. Oleh sebab itu, sebarang kenaikan kadar tol ibarat menghina rakyat pada
kala kerajaan dan pemegang konsesi bermewah dengan keuntungan yang sudah pun
terlalu tinggi,".
TARIF ELEKTRIK
Harakahdaily melaporkan, bermula Januari 2014 pula rakyat
Malaysia pula akan berdepan dengan kenaikan elektrik sepertimana yang diumumkan
oleh Datuk Seri Maximus Ongkili baru-baru ini sebanyak 15 peratus atau 4.99 sen
setiap kilowatt, manakala di Sabah dan Labuan berjumlah 5 sen. Satu kenaikan
yang sangat ketara.
Dr. Dzulkefly Ahmad menyifatkan kenaikan tarif elektrik
semacam kerajaan tidak puas menganiaya rakyat dengan kenaikan harga bahan bakar
yakni petrol dan diesel serta gula. Semalam Menteri Tenaga, Teknolog Hijau dan
Air, Maximus Ongkili mengumumkan bahawa tariff elektrik di Semenanjung
dinaikkan dari 33.54 sen/kWj ke 38.53 sen/kWh bersamaan kenaikan 4.99 sen/kWj
atau 14.89% (15%).
Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 16.9 peratus atau 5 sen daripada kadar semasa 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen/kWj. Kedua-dua kenaikan itu berkuatkuasa 1 Januari 2014, umum Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili.
Bagi membuktikan bahawa kerajaan prihatin kepada rakyat berpendapatan Maximus berkata kerajaan akan terus memberi subsidi kepada pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Labuan bagi penggunaan bawah 300 kWj sebulan.
Kerajaan katanya akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna-pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20.00 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2014.
Di sini kerajaan Najib-BN tampak samada tak cerdik atau tak peka atau mungkin kedua-duanya sekali. Kesan kenaikan tariff adalah seperti juga ketika kesan gula atau bahan bakar seperti petrol dan diesel dinaikkan. Ingat! Bukan beban bukan hanya pada harga bahan tersebut yang menghempit rakyat.
Kecelakaan yang menimpa rakyat adalah kesan rantaian atau ‘knock-on chain effects’ yang dicetuskan oleh kenaikan bahan-bahan asas seperti bahan bakar petrol dan diesel, gula dan tarif utiliti asas seperti elektrik ini! Jelasnya kenaikan ini mencetuskan pelbagai barang makanan dan minuman juga perkhidmatan yang melibatkan tenaga dan elektrik yang bakal mengalami kenaikan harga.
Betullah kerajaan boleh membantu rakyat dengan pelbagai kaedah termasuk pembayaran rebat bagi melindungi golongan berpendapatan rendah. Tapi jangan sampai untung secupak, rugi segantang! Demikianlah komen sindiran juga kritikan tegas Dr. Dzulkefly dalam blog rasminya.
Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 16.9 peratus atau 5 sen daripada kadar semasa 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen/kWj. Kedua-dua kenaikan itu berkuatkuasa 1 Januari 2014, umum Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili.
Bagi membuktikan bahawa kerajaan prihatin kepada rakyat berpendapatan Maximus berkata kerajaan akan terus memberi subsidi kepada pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Labuan bagi penggunaan bawah 300 kWj sebulan.
Kerajaan katanya akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna-pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20.00 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2014.
Di sini kerajaan Najib-BN tampak samada tak cerdik atau tak peka atau mungkin kedua-duanya sekali. Kesan kenaikan tariff adalah seperti juga ketika kesan gula atau bahan bakar seperti petrol dan diesel dinaikkan. Ingat! Bukan beban bukan hanya pada harga bahan tersebut yang menghempit rakyat.
Kecelakaan yang menimpa rakyat adalah kesan rantaian atau ‘knock-on chain effects’ yang dicetuskan oleh kenaikan bahan-bahan asas seperti bahan bakar petrol dan diesel, gula dan tarif utiliti asas seperti elektrik ini! Jelasnya kenaikan ini mencetuskan pelbagai barang makanan dan minuman juga perkhidmatan yang melibatkan tenaga dan elektrik yang bakal mengalami kenaikan harga.
Betullah kerajaan boleh membantu rakyat dengan pelbagai kaedah termasuk pembayaran rebat bagi melindungi golongan berpendapatan rendah. Tapi jangan sampai untung secupak, rugi segantang! Demikianlah komen sindiran juga kritikan tegas Dr. Dzulkefly dalam blog rasminya.
ASTRO
Koordinator Panatia Ekonomi Jingga13 Malaysia, Zainal Abidin
Bin Abu Bakar berkata seluruh pengguna Astro pula berdepan dengan kenaikan RM2
bagi Pakej Famili dan RM6 bagi Pakej Sukan yang telah berkuatkuasa 11 November
2013 turut menambahkan tekanan pada lebih 3 juta pengguna Astro yang terpaksa
membayar kenaikan pakej tersebut sedangkan Astro umumkan perolehan RM2.3 Billion
untuk 6 bulan pertama berakhir 31 Januari 2014 iaitu peningkatan 13 peratus.
Sedangkan, katanya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia mempunyai kuasa terhadap mengawal dan menentukan harga pakej langanan yang ditawarkan Astro.
Sedangkan, katanya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia mempunyai kuasa terhadap mengawal dan menentukan harga pakej langanan yang ditawarkan Astro.
LRT & MONOREL
Kenaikan kadar tiket perkhidmatan awam berasaskan elektrik
seperti LRT & Monorel yang merupakan ‘domino effect’ daripada kenaikan
tariff elektrik.
KEMELESATAN EKONOMI 2016
Sebagai pengakhiran daripada artikel ini, suka saya
berkongsi berkenaan unjuran kemelesetan ekonomi negara lewat 2016 oleh Azrul
Azwar Tajudin Pengurus Tugas Khas, Analisa Ekonomi & Kewangan Pejabat
Menteri Besar Selangor yang percaya perlaksanaan GST perlu ditangguhkan dan
kerajaan sepatutnya menumpu kepada ketelusan pengurusan kewangan negara
terlebih dahulu di samping ia berkait rapat dengan fenomena pecahnya gelembung sektor
harta tanah(property bubble burst).
Beliau mengatakan ekonomi Malaysia bertambah teruk dan
langkah kerajaan melalui Pelan Rasionalisasi Subsidi(SRP) serta cukai
perkhidmatan dan barangan(GST) hanya membawa kepada kemelesetan ekonomi dalam tempoh
tidak sampai 3 tahun akan datang. Antara faktor utama ialah pecahnya gelembung sektor
hartanah dan kerana itu GST perlu ditangguhkan.
Beliau menambah lagi, perlaksanaan GST bakal memberikan
kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) yang menyebabkan kesan teruk 4%
inflasi yang memberi kesan negatif yang teruk kepada realiti hidup rakyat biasa
walaupun hanya 4%.
Azrul juga menambah factor hutang isi rumah berbanding
pendapatan boleh guna juga meningkat sehingga 140%, lebih tinggi daripada
Amerika Syarikat pada 123%.
SKETSA KOMEDI BODOH PARA MENTERI UMNO-BN
Di saat rakyat terseksa dengan segala kenaikan harga
keperluan asas, amat mudah para menteri Malaysia memberikan komentar dan
jawapan. Berikut adalah skema jawapan yang biasa kedengaran bagi memperbodohkan
rakyat.
Isu kenaikan kadar Tol: Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri
di Jabatan Perdana Menteri : “Pengguna boleh guna jalan biasa jika menganggap
kenaikan tol terlalu tinggi”
Gst : Dato Seri Najib Razak, PM: “Usahlah bimbang, janganlah
risau. GST tidak dikenakan kepada garam, kacang dhal, ikan masin, cencalok,budu
dan belacan”
PRU: Zahid hamidi,
Menteri Dalam Negeri, Naib Presiden Umno : “Jika tak suka sistem politik negara
ini, sila berhijrah ke negara yang buat pilihan raya ikut kaedah yang digemari”.
Disokong Datuk Noh Omar dengan menambah “sewajarnya duduk di
dalam hutan”
Kenaikan harga Ayam : Datuk Hasan Malek, Menteri Perdagangan
Antarabangsa:
“Kalau tengok harga(ayam) naik, jangan beli ayam tapi beli
daging pula”.
Kenaikan harga Gula: DS Najib Razak, PM: “Untuk mengatasi
masalah diabetis harga gula dinaikkan”.
Kenaikan harga Gula: Menteri kesihatan ,Datuk seri dr
S.subramaniam : “Rakyat dinasihatkan jangan makan gula untuk hidup lebih lama”.
Penulis pun terasa dirinya bodoh jika mengumpul semua
jawapan dangkal menteri-menteri yang banyak lagi boleh menimbulkan kemarahan
rakyat.
:: Aku kepingin Jiwa Merdeka! ::