Thursday 3 November 2011

islah diri

Bosan betul baca novel contengan jalanan, hlovate ni. Sudah la guna bahasa rojak, kalau aku master english tak pe la juga. Terpaksa buka kamus english oxford yg tebal tu. Sedang asyik melayan novel yang tadi rasa bosan tiba-tiba sampai satu frasa yang membuatkan aku terpegun, terkesima, ter.....
  ''The man that decided to change on the 12th dies on 11th''
Lalu aku menggapai handset myiman  dan menghantar mesej kepada teman-teman karibku mengenai maksud frasa di atas. Respon semuanya lebih kurang begini, kalau nak berubah kena la dari sekarang. Jangan tunggu lama-lama nanti nasi menjadi bubur. Tapi antara respon yang paling mencuit hatiku;''mati salah tarikh''. Mungkin sahabatku ini belajar falsafah yunani kot. 
Betul lah kata hlovate, kita perlu berubah dari sekarang, dari waktu ini, dari saat ini juga. Tapi nak cakap senang memang senang, tapi nak membuat perubahan diri itu sangat payah. Apatah lagi, meninggalkan perkara-perkara yang sudah menjadi rutin harian kita. Seperti mengumpat, melayari internet lucah, mencarut yang seperti menjadi zikir harian kita, jamming sehinnga lalai dari solat fardhu, menonton movie sehinga larut  malam sampai subuh menjadi subuh-dhuha, melayan drama korea sampai 'addicted' dan sebagainya. 
Mungkin susah kita nak berubah, tapi aku suka memberi pendapaat kepada pembaca blog yang tak seberapa ni. Pertama sekali tajdidkan niat(ayat skema la pulak). Untuk berubah mesti kena perbaharui niat kita dan kuatkan azam sambil tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan perlahan-lahan dan buangkan segala kekeruhan yang mengulit jiwa.Kalau boleh ulang beberapa kali. 
Kemudian, kalau kita lihat trend zaman sekarang suka menjadikan artis-artis terkenal sebagai idola mereka seperti tiz zaqiah,remy ishak, rain bi, lee min hoo, lee dong wook dan sebagainya. 
Tidakkah kita mengetahui nabi muhammad itu sudah cukup untuk menjadi role model kita semua? Dalam al-quran pun ada sebut dalam surah al-ahzab,21.
 ''Sesungguhnya telah ada pada(diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah''

Mungkin kita rasa berat dengan suri tauladan yang nabi muhammad tunjukkan, tapi kita boleh mengambil contah para sahabat nabi sendiri seperti usamah b zaid, saad b abi waqqas dan ramai lagi. Mungkin kita boleh mencontohi pemuda-pemuda yang hebat seperti salahuddin al-ayyubi, musa b nusayr, muhammad b al-qasim at-thaqafi dan sebagainya. Dan aku tertarik dengan satu susuk tubuh pemimpin yang berjiwa rakyat iaitu anak sultan kelantan, tengku mahkota kelantan,tengku muhammad faiz petra sultaan ismail yang menyeru para remaja menjadikan para sahabat sebagai idola mereka.
   ''Titah baginda, nama-nama besar seperti Saad bin Abi Waqas, Talhah bin Ubaidillah dan Zubair Al-Awam adalah antara belia kental, malah memeluk agama Islam ketika masih remaja.
Titah Tengku Mahkota lagi, mereka (Saad, Talhah dan Zubair) adalah antara nama-nama besar dalam sejarah Islam sebagai sahabat Nabi malah kehidupan mereka selepas memeluk Islam dihabiskan dengan mempertahan agama Allah.Remaja Islam yang masyhur dalam sejarah Islam itu wajar dijadikan idola sekiranya ingin menjadi seorang remaja yang beriman, bertaqwa dan berakhlak,” 

Tapi satu perkara yang sering kita lupa dek kerana mencontohi tokoh-tokoh tersebut. Kita terlupa bagaimana semasa zaman kanak-kanak mereka, semasa zaman muda mereka bagaimana mereka ditarbiah oleh Rasulullah sendiri , bagaimana ibu bapa mereka mendidik mereka sehinnga menjadi insan berjasa apabila besar. Kita terlupa bagaimana proses tarbiah yang mereka lalui ini!!! Inilah yang sepatutnya menjadi contoh kepada kita semua. Mungkin ini boleh membantu kita mengislah diri kepada yang lebih baik, agar tenaga pemuda kita ini dapat digembleng untuk islam tercinta.


''aku suka berkongsi, lalu aku kepilkan sekali warkah kerdil ini buat tatapan semua. semoga bermanfaat''
                                                                            ::pemudarumput takkan mudah kalah::

No comments:

Post a Comment