Baru-baru ini kita melihat isu hukum Allah hudud hangat diperkatakan dari bibir ke bibir, dalam sidang parlimen mahupun di kedai kopi. Tidak kira tua mahupun muda, semua membincangkan masalah ini. Apatah lagi golongan mahasiswa yang penuh dengan idealisme. Ada sesetengah pihak kata, wajib dilaksanakan walau dalam apa jua keadaan kerana hukum sedia ada tidak mampu mengatasi masalah jenayah yang semakin melarat sekarang. Ada juga yang mengatakan, hukum yang sedia ada sudah memenuhi maqasid syariah yang ditetapkan oleh syarak . Tidak kurang juga, ada yang mengatakan hukum hudud ini tidak adil kepada semua kaum. Astaghfirullah!!! Namun bagi aku, mengapa masih berlengah lagi? Umat islam sekarang sudah melarat. Hanya ISLAM sahaja solusinya. Lagi pun kita mesti menghormati rakyat Kelantan yang majoritinya mahu hudud dilaksanakan di bumi barakah tersebut dan ini selari dengan semangat demokrasi yang diamalkan di negara tercinta ini.
Terbaru yang paling menggemparkan seantero Malaysia, mengenai Belanjawan 2012 yang hangat diperkatakan dalam media massa sekarang. Suara Keadilan mendedahkan
''Di bawah kerajaan Umno BN, setiap 27juta rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban hutang berjumlah RM16,185 lantaran kerajaan Umno
''Di bawah kerajaan Umno BN, setiap 27juta rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban hutang berjumlah RM16,185 lantaran kerajaan Umno
BN terus menghimpunkan hutang tahun demi tahun. Ini terbukti apabila Belanjawan 2012 yang dibentangkan Najib Razak adalah defisit untuk tahun ke-14''
Kalau rakyat tidak cakna mengenai masalah ini, tidak kejam kalau aku katakan mereka ini bukan warganegara Malaysia. Kemudian, mengenai Laporan Audit Negara. Sangat mengejutkan jiwaku yang sememangnya tengah bergejolak ini. Sedikit perkongsian daripada apa yang aku baca dalam laman sesawang. Kementerian Pelajaran: RM160.7juta telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang lengkap. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak tahun 3 tahun yang lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna. Lebih parah lagi , kata seorang sahabat kepada teman sepengajianku sewaktu dia membuat kajian di Sabah dahulu , komputer sudah sedia tetapi elektrik tiada. Aduhai! Sebenarnya banyak lagi Laporan Audit Negara yang memperlihatkan ketidakcermatan kerajaan dalam mengurus tadbir kewangan negara. Tidak tersangat kejam jika aku mengatakan rakyat yang tidak ambil peduli akan hal ini, tidak tahu akan kewujudan negara Malaysia yang sememangnya kerdil ini!
Terbaru mengenai masalah akidah umat islam yang semakin meruncing sehingga banyak pertubuhan bukan kerajaan,NGO turun padang bersepakat untuk berhimpun bagi memperlihatkan keizzahan islam. Tetapi yang amat aku kesali sekali, dalam semangat melaungkan 'Selamatkan Akidah' tika berhimpun ada juga remaja yang mengambil kesempatan untuk berpacaran(masalah akidah betul budak ni). Golongan apakah mereka ini? Dalam hal ini, suka aku mengambil kata-kata pemimpin nombor satu negara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Beliau menyeru umat islam perlu terus mempertahankan kesatuan ummah(akidah) yang merupakan tunjang kepada kekuatan Islam. Tegas Perdana Menteri lagi, banyak perkara dapat dilakukan apabila kesatuan dapat diwujudkan dalam kehidupan umat Islam selain kekuatan yang ada boleh dipertahankan jika kesatuan ummah berdiri kukuh sama ada dalam mahupun luar negara. Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa , warna kulit, budaya dan negara , umat islam adalah yang satu di mana sahaja mereka berada. Aku tetap berbangga dengan beliau walau disebalik kepincangan kepemimpinan beliau, tetap ada sekelumit kesedaran tentang kesatuan ummat.
Rentetan daripada isu akidah dan murtad, timbul pula isu kebebasan akademik yang memperlihatkan satu susuk tubuh yang mempunyai kesedaran dengan amanah ilmu yang dipikul, Prof Dr Aziz Bari, seorang Pensyarah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM). Beliau mengkritik tindakan Sultan Selangor tanpa sedikit rasa kepentingan peribadi kerana sedar tanggungjawab menyampaikan ilmu dan menegur pemimpin itu penting. Beliau mengatakan tindakan sultan campur tangan dalam isu pemeriksaan sebuah gereja bukan sesuatu yang biasa terjadi. Baginda ada hak untuk campur tangan tapi perlu dijalankan selaras dengan ajaran agama. Lantaran itu, ramai yang mengecam Aziz Bari sehingga ada yang mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai pensyarah dan bertanding dalam pilihanraya. Tidak kurang juga, pentadbiran UIAM telah mengeluarkan notis penggantungan tugas Aziz Bari sehinggakan mahasiswa turun padang berdemonstrasi, mempertahankan beliau dan memperjuangkan hak kebebasan akademik.
Aku hargai sensitiviti yang masih hidup tapi mahasiswa perlu berfikir panjang demi penguasaan ilmu yang dipelajari Bukan sekadar belajar untuk peperiksaan. Reseat SHE1114 sebenarnya 'mengetuk' minda kita dan 'membius' kesedaran mahasiswa bahawa menuntut ilmu adalah bekalan untuk kehidupan bukan bekalan peperiksaan! Walaupun aku tidak menafikan kelemahan sistem pemdidikan di negara ini yang lebih menekankan sistem 'exam oriented'. Tetapi sebagai mahasiswa perlu mencaril inisiatif lain untuk mengatasi masalah ini dan bagi aku reseat SHE1114 boleh dianggap sebagai salah satu inisiatif terbaik. Kemudian, cuti yang terluang semestinya tidak terbuang dengan perkara yang tidak berfaedah agar terhindar daripada gejala sosial yang melanda negara dan sentimen mahasiswa sampah tidak akan wujud. Justeru, reseat SHE1114 sebenarnya mengajar erti 'belajar sepanjang hayat' selari dengan hadis nabi yang berbunyi;
''tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad''
Seterusnya, aku melihat kepada tahap penguasaan ilmu yang dipelajari oleh mahasiswa akan bertambah baik. Orang yang rendah penguasaan ilmu akan bertambah bijak dan yang cemerlang akan konsisten dengan kecemerlangannya. Barulah dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan saranan Pak Lah. Sesungguhnya, manusia cemerlang itu dinilai dengan tahap penguasaan ilmu(aplikasi ilmu) bukan pada 4.0 flat atau 5.0 flat(kalau ada)! Justeru, kejarlah ilmu bukan 4.0 flat, nescaya engkau akan beruntung.
::Aku cuba untuk bersikap neutral tetapi aku tak mampu menegakkan benang yang basah. Salah mesti kena tegur!::